suria

Jangan tak percaya... pengering rambut boleh menyebabkan anda pekak, alami masalah pendengaran

Penggunaan pengering rambut yang kerap mungkin menyebabkan anda hilang pendengaran.

HILANG deria pendengaran atau pekak adalah satu pengalaman buruk buat individu yang mengalaminya.

Tahukah anda bahawa anda perlu melakukan pemeriksaan telinga dalam tempoh tertentu, sama seperti anda membuat pemeriksaan kesihatan yang lain.

Jika tidak berbuat demikian, maka penting untuk anda tahu tentang beberapa perkara yang boleh menyebabkan pendengaran menjadi rosak atau bermasalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas ! Terlebih tidur boleh sebabkan strok

Muzik kuat

Mendengar muzik dalam keadaan volume yang kuat boleh menyebabkan hilang kuasa mendengar. Begitu juga dengan memakai headphone. Sebahagian pakar turut mendedahkan bahaw ear pods lebih cenderung menyebabkan pendengaran rosak kerana ia diletak secara langsung ke dalam telinga.

Ear Pods boleh menyebabkan telinga bermasalah jika mendengar muzik terlalu kuat.

Pengering rambut

Alat pengering rambut biasanya terlalu dekat di telinga ketika kita menggunakannya. Alat ini dicipta dengan desibel yang tinggi sekali gus boleh menyebabkan anda hilang pendengaran. Semakin kerap anda menggunakannya, semakin tinggi risiko hilang pendengaran.

Kawasan bising

Tinggal di kawasan bising juga menyebabkan anda boleh hilang pendengaran termasuk berada di jalan raya yang mana bunyi hon, deruman enjin dan sebagainya sentiasa kedengaran.

Ubat tahan sakit

Ubat penahan sakit juga dikatakan mempunyai kesan ke atas pendengaran jika terlalu kerap mengambilnya.

Penggunaan ubat penahan sakit bertujuan untuk menghilangkan rasa sakit dengan lebih cepat. Namun tahukah anda ia juga mempunyai kesan sampingan hilang pendengaran?

Demam panas

Ketika anda mengalami demam panas, suhu badan akan merosakkan saraf di bahagian dalam telinga. Ia juga kemungkinan boleh menyebabkan keradangan atau kekurangan oksigen. Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor dengan segera. - Indianexpress.com

Artikel Lain