suria

Kelakuan mata terbeliak waktu Maghrib akhirnya terungkai... Sangkaan anak hidap autisme meleset, rupanya perantara sihir!

Rawatan perubatan Islam menjadi pilihan bagi menghalau 'gangguan' yang dialami. -Gambar hiasan

PERKEMBANGAN dan tingkah laku anak yang baru menjengah usia setahun pastinya mencuit hati.

Maka tidak hairanlah apabila ramai yang gemar mengabadikannya dalam bentuk foto mahupun video di telefon bimbit.

Begitulah yang dilakukan Nabilah sejak mempunyai cahaya mata pertama selepas lebih lima tahun mendirikan rumah tangga.

Sebagai seorang suri rumah, dia sentiasa memerhatikan perkembangan Ryan sejak lahir tanpa rasa jemu.

Bagaimanapun, sejak usia anaknya genap setahun, tingkah laku yang ditunjukkan sedikit berbeza.

"Masa usia dia nak cecah setahun, aku nampak sikap dia macam lain sikit dan memang aku ingatkan apa yang dilakukan tu merujuk kepada ciri-ciri autisme.

"Memang hairan juga sebab aku tak dedahkan dia pada telefon bimbit atau televisyen.

Tingkah laku dan perkembangan kanak-kanak mencuit hati. -Gambar hiasan

Tingkah laku dan perkembangan kanak-kanak mencuit hati. -Gambar hiasan

"Aku perhatikan selama dua bulan sebab nak pantau perkembangan dia, kalau dapat dikesan awal, mungkin boleh teruskan pada proses seterusnya," katanya.

Menurut Nabilah, sepanjang tempoh dua bulan tersebut, dia mendapati Ryan hanya menunjukkan sikap aneh pada waktu Maghrib dan malam sebelum tidur.

"Kalau Maghrib tu dia macam orang gelisah dengan mata terbeliak dan asyik pandang atas je... tapi Ryan tak meragam atau mengeluarkan sebarang bunyi.

"Hanya tingkah laku je pelik. Sebelum tidur pula dia akan tiba-tiba duduk kat sisi kepala aku dan suapkan aku makanan.

"Awal-awal tu memang aku layan je, tapi selepas berlarutan selama dua bulan, aku mula rasa bimbang.

Rumah tangga bergolak angkara sihir. -Gambar hiasan

Rumah tangga bergolak angkara sihir. -Gambar hiasan

"Masa dia suap makanan tu pun mata dia pandang tepat kat aku tapi macam pandangan kosong. Dia ambil makanan dari tapak tangan sambil mulut kumat kamit dan suap aku," ujarnya berkongsi cerita.

Pada masa sama, dia mendapati tingkah laku yang ditunjukkan Ryan bukanlah ciri-ciri autisme seperti yang diuar-uarkan pakar kesihatan dan psikologi.

Dia yang mula berasa bimbang dengan situasi berkenaan mula berkongsi cerita dengan keluarga dan rakan.

"Aku tanya kawan-kawan dan famili pasal Ryan, mereka cakap itu tanda Ryan dirasuk dan mungkin ada orang 'hantar' benda tak elok pada aku," jelasnya.

Susulan daripada itu, dia cuba mendapatkan rawatan perubatan Islam bagi mengelakkan anaknya terus dirasuk kerana bimbang akan menjejaskan perkembangan tumbesaran.

Sihir sering dijadikan 'senjata' untuk menjatuhkan seseorang. -Gambar hiasan

Sihir sering dijadikan 'senjata' untuk menjatuhkan seseorang. -Gambar hiasan

Tambahan pula, bahtera rumah tangganya sedikit bergolak sejak kehadiran si kecil.

Bercerita lanjut, ujar Nabilah, sejak mengikuti rawatan yang dilakukan, keadaan anaknya kembali pulih.

Malah sikap aneh yang sering berlaku pada waktu Maghrib dan malam tidak lagi berlaku.

Bukan itu sahaja, suaminya juga sudah kembali mesra seperti sebelum kelahiran Ryan dan gemar menghabiskan masa di rumah berbanding sebelumnya.

Menyedari perubahan yang berlaku, dia kemudian bertanya kepada perawat tentang masalah yang berlaku dalam rumah tangganya.

Namun malangnya individu terbabit enggan membuka mulut dan menyatakan ia adalah ujian semata-mata.

Walaubagaimanapun, dia dinasihatkan untuk terus melakukan rawatan selama beberapa minggu lagi bagi memastikan 'masalah' yang dialami tidak kembali.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain