Siapa nenek berjalan di wad pukul 2 pagi? Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan tampil beri penjelasan

Gambar seorang pesakit warga emas yang sedang berjalan di wad tular di laman sosial sejak Selasa.

PERKONGSIAN foto di Twitter memperlihatkan seorang wanita warga emas yang sedang berjalan dalam keadaan terbongkok-bongkok di sebuah wad hospital pada waktu malam sejak Selasa menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.

Pengguna Twitter mendakwa gambar tersebut dirakamkan oleh doktor yang bertugas di wad berkenaan sekitar jam 2.30 pagi dan apabila ditegur nenek tua itu tidak memberi sebarang respon.

ARTIKEL BERKAITAN: Meriam berdentum di Segamat beri petanda musibah akan berlaku

Tambah menghairankan di wad berkenaan tiada pesakit warga emas, menyebabkan ramai membuat andaian termasuk mengaitkannya dengan perkara misteri di hospital yang terletak di Negeri Sembilan itu.

Bagaimanapun ramai juga yang tidak setuju dengan tindakan perkongsian gambar wanita itu kerana ia jelas menunjukkan seorang wanita warga emas dan bukannya 'hantu' seperti didakwa.

Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan memberi penjelasan mengenai gambar yang tular di media sosial.

Malah seorang pengguna di Twitter memberitahu bahawa pesakit berusia 70 tahun itu wujud dan sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan turut tampil memberi penjelasan dan mengesahkan kelibat wanita itu bukanlah 'hantu' sebaliknya pesakit di sebuah hospital di negeri itu.

Jabatan itu juga turut meminta orang ramai memadam posting tersebut bagi menjaga privasi pesakit dan ahli keluarganya.

"Dimaklumkan warga emas tersebut adalah merupakan pesakit di salah sebuah hospital kami.

"Sehubungan dengan itu, bagi menjaga privasi pesakit dan waris serta mengelak salah tanggapan oleh netizen, mohon jasa baik pihak tuan untuk memadam posting ini," tulis kenyataan itu di Facebook.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my
Hospital, nenek, wad

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain