suria

Bandar Sri Sendayan janjikan gaya hidup moden di pinggir bandar... Semuanya ada di sini!

Bandar Sri Sendayan merupakan satu lokasi strategik yang menjadikannya hab kediaman serta perniagaan utama di rantau ini.

SELAMA beberapa dekad, Seremban di Negeri Sembilan ini seakan berada dalam bayangan kemajuan pesat Lembah Klang. 

Namun kini, bandar yang dahulunya tenang itu kembali hidup semula dengan semangat baharu dan cita-cita besar, berpusat pada satu nama, Bandar Sri Sendayan.

Bandar ini kini menjadi simbol bagaimana perancangan teliti, reka bentuk berasaskan komuniti dan pembangunan berpandangan jauh mampu mengubah kawasan pinggir bandar yang sunyi menjadi destinasi gaya hidup yang berkembang maju.

Pertumbuhan berwawasan

Kawasan ini dikenal pasti untuk pembangunan sejak tahun 1990-an, namun kelembapan ekonomi pada tahun 1997 menangguhkan kemajuannya.

Perubahan mula berlaku pada pertengahan 2000-an setelah diterajui oleh pemaju tempatan berpengkalan di Negeri Sembilan, Matrix Concepts Holdings Bhd.

Selepas membangunkan kawasan seperti Taman Gadong Jaya di Seremban dan Taman Intan Perdana di Port Dickson, syarikat itu menyasarkan sesuatu yang lebih besar iaitu sebuah bandar lengkap yang mampu berkembang bersama penduduknya.

Kurang daripada dua dekad kemudian, Bandar Sri Sendayan, yang kini dianggap sebagai projek utama Matrix Concepts berkembang menjadi antara kawasan kediaman paling dicari di negeri ini.

Meliputi kawasan seluas 2,751 hektar (6,800 ekar), Bandar Sri Sendayan menggabungkan rumah, sekolah, kedai dan ruang riadah dalam satu pelan induk.

Antara tarikan utamanya ialah Sendayan Green Park, taman hijau seluas 10.5 hektar (26 ekar) yang menjadi pusat rekreasi utama penduduk.

Dilengkapi pentas terbuka, padang bola dan kawasan lapang yang luas, ia menjadi tempat keluarga berkumpul untuk aktiviti joging pagi, bersiar-siar waktu petang atau berkelah hujung minggu.

Bagi peminat aktiviti lasak, terdapat X Park Sendayan yang merupakan sebuah taman hiburan dan pengembaraan terbesar di Negeri Sembilan.

Dengan keluasan 13.7 hektar (34 ekar), ia menawarkan pelbagai aktiviti seperti go-kart, menunggang ATV, memanah, wall climbing dan juga sukan pickleball.

Bagi mereka yang lebih gemar bersantai dalam suasana eksklusif, d’Tempat Country Club menawarkan kemudahan seperti pusat peranginan di kawasan sendiri.

Kemudahan seluas 380,000 kaki persegi itu menempatkan kolam renang bersaiz Olimpik, gelanggang tenis tertutup, pusat boling, gimnasium, dewan besar dan beberapa restoran serta kafe.

Untuk keluarga yang menetap di Bandar Sri Sendayan, kehadiran sekolah berkualiti dalam kawasan kejiranan menjadi nilai tambah, menandakan bagaimana pembangunan ini berkembang seiring keperluan penduduk.

Kampus Adcote Matrix Malaysia menawarkan pendidikan dari prasekolah hingga prauniversiti, mampu menampung sehingga 2,500 pelajar dalam persekitaran pembelajaran menyeluruh.

Sekitarnya turut menempatkan sekolah kebangsaan seperti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sri Sendayan serta SJK (C) dan SJK (T) Bandar Sri Sendayan, memastikan keluarga mendapat akses kepada pendidikan terbaik berhampiran rumah.

Pusat komersial menyeluruh

Tarikan utama yang melengkapkan kawasan ini ialah Sendayan Merchant Square yang bakal diperluas, dijangka menjadi pusat komersial dan gaya hidup utama bandar ini.

Ketika ini, ia sudah menempatkan jenama popular seperti McDonald’s, FamilyMart, ZUS Coffee, dan Watsons.

Matrix Concepts melihat peluang untuk pergi lebih jauh dengan mewujudkan pusat gaya hidup lengkap yang mana pembelian barangan, makanan dan aktiviti santai disatukan dengan harmoni.

Chai berkata, kehadiran Cold Storage yang terkenal bakal membuat penampilan sulung di Negeri Sembilan menerusi Sendayan Merchant Square.

Dengan konsep 'dataran sosial dan gaya hidup harian', ia direka mesra pejalan kaki dan berasaskan pengalaman, sesuai untuk mereka yang menghargai keselesaan dan hubungan komuniti.

Apabila projek dibina selesai menjelang akhir 2026, versi baharu Sendayan Merchant Square akan menampilkan kafe bergaya dan ruang mesra keluarga yang memperkayakan gaya hidup penduduk serta mengukuhkan semangat kejiranan.

Meliputi kawasan 2.6 hektar (6.4 ekar), pusat gaya hidup ini bakal menempatkan pelbagai jenama makanan dan minuman terkenal yang buat pertama kali diperkenalkan di Negeri Sembilan.

Penduduk dan pelawat boleh menikmati pilihan tempat makan mesra keluarga, kafe, kedai runcit serta ruang hiburan, semuanya dikelilingi taman permainan luar dan dataran yang meriah.

Antara tarikan paling dinantikan ialah kehadiran Cold Storage yang merupakan rangkaian pasar raya tertua dari Singapura.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Matrix Concepts, Chai Keng Wai, Cold Storage akan membuat penampilan sulungnya di Negeri Sembilan sebagai penyewa utama pusat beli-belah ini.

"Salah satu tarikan yang paling dinantikan ialah pembukaan Cold Storage," jelasnya.

Hubungan pengangkutan dan kemudahan

Daya tarikan Bandar Sri Sendayan bukan sahaja pada gaya hidupnya, tetapi juga pada lokasi strategik dan akses mudahnya.

Kawasan ini hanya lima minit dari Lebuhraya Utara-Selatan (susur keluar Seremban) dan dihubungkan melalui Lebuhraya Seremban–Port Dickson serta Laluan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menjadikan perjalanan harian lebih mudah.

Selain itu, Lebuhraya Ekspres Senawang–KLIA yang bakal siap kelak akan menambah baik lagi akses ke ibu kota, menjadikannya pilihan menarik bagi golongan profesional bandar yang mencari keseimbangan antara kerja dan kehidupan.

Penduduk turut menikmati akses mudah ke kemudahan membeli-belah dan kesihatan seperti Aeon Seremban 2, Mydin Seremban 2, KPJ Seremban Specialist Hospital, Columbia Asia Hospital dan Hospital Tuanku Ja’afar.

Melengkapi pertumbuhan ini ialah pembangunan kediaman Suria Heights oleh Matrix Concepts yang menempatkan kawasan kediaman dalam persekitaran padang golf yang menggabungkan seni bina moden dengan reka bentuk lestari.

Tiga jenis rumah ditawarkan adalah rumah teres, kluster dan rumah separa berkembar dengan reka bentuk dua tingkat bermula 2,500 kaki persegi, dilengkapi ciri pintar dan mesra alam seperti sistem aplikasi, kunci digital, pemanas air solar serta sistem keselamatan dipertingkat.

Pengalaman beli-belah yang diberi nafas baharu adalah berteraskan komuniti di Sendayan Merchant Square.

Dalam pada itu, Fasa 3 bagi pembangunan ini dijangka dilancarkan pada Disember 2025.

Pembeli rumah juga boleh menantikan Eka Heights, fasa kediaman seluas 150 hektar (371 ekar) dengan 3,620 unit rumah dan 25 lot kedai pejabat.

Terletak berhampiran kawasan yang sudah membangun, ia menawarkan akses mudah ke pelbagai kemudahan, peluang pekerjaan serta potensi pertumbuhan hartanah yang kukuh.

Di tengah-tengahnya terdapat taman utama dengan tasik, buaian besar, taman permainan, pelantar tinjau, rumah pokok dan Sundial Plaza, sebuah ruang hijau yang hidup untuk rekreasi, aktiviti dan perhubungan komuniti.

Matrix Concepts Experience Gallery pula menjadi mercu tanda penting dalam perjalanan pembangunan Bandar Sri Sendayan yang merupakan ruang bagi mengubah cara orang meneroka, berinteraksi dan membayangkan rumah masa depan mereka.

Berbeza daripada galeri jualan biasa, ia menawarkan pengalaman menyeluruh yang menggabungkan reka bentuk, teknologi dan emosi secara mendalam.

Setiap ruang direka untuk memberi inspirasi daripada pencahayaan berlapis, susun atur tempat duduk melengkung yang mengalirkan pergerakan, hingga panel interaktif yang membolehkan pengunjung meneroka rumah secara mudah dan menyeronokkan.

Perniagaan menuju kemajuan

Bab seterusnya bagi Matrix Concepts mula terbentuk melalui pembangunan MVV City Fasa 1, hasil kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sembilan melalui NS Corporation.

Meliputi kawasan seluas 3,559 hektar (8,796 ekar), MVV City dirancang sebagai kawasan dinamik yang menggabungkan industri, perumahan dan komersial dalam satu ekosistem.

Matrix Concepts akan menerajui pembangunan seluas 963 hektar (2,382 ekar), melibatkan 404 hektar (1,000 ekar) tanah industri, lebih 11,000 unit rumah, serta 182.9 hektar (452 ekar) kawasan komersial yang mana semuanya direka untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi sambil mengekalkan keseimbangan hidup.

Teras utama pertumbuhan ini adalah MVV TechValley, taman industri berteknologi tinggi yang disasarkan menarik perusahaan moden dan industri berasaskan pengetahuan.

Berbekalkan kejayaan Sendayan TechValley, yang mana lebih 465 hektar (1,150 ekar) telah dibangunkan dan diisi pelbagai syarikat industri global, Matrix Concepts kini bersedia mengangkat lagi legasi industrinya melalui MVV TechValley.

Kedua-dua kawasan ini bakal membentuk koridor industri bersambung seluas 870 hektar (2,150 ekar) menjadikannya TechValley tunggal terbesar yang dirancang secara menyeluruh di Malaysia, sekali gus membuktikan keupayaan Matrix Concepts menerajui pertumbuhan industri mampan negara.

Menjelang pembukaan Sendayan Merchant Square pada 2026 dan pelancaran fasa-fasa baharu, dapat kita lihat bahawa Bandar Sri Sendayan bukan sekadar membina rumah tetapi sebuah gerakan yang berpaksikan komuniti, inovasi dan kehidupan lestari.

Artikel Lain