suria

Rupanya ada cara nak tahu telur segar atau tidak... Rendam dalam air boleh dapat jawapan!

Tahap kesegaran telur boleh diperiksa melalui kaedah rendaman.

KEKURANGAN stok telur dalam pasaran menyebabkan ramai yang gemar membelinya secara borong.

Namun telur mempunyai jangka hayat yang sangat singkat dan mudah rosak jika tidak disimpan dengan cara yang betul.

Jika anda antara yang gemar menyimpan stok telur di rumah, cubalah kaedah rendaman seperti yang dikongsikan @emilyxlevi di laman Instagram bagi mengetahui tahap kesegaran bahan tersebut.

1. Telur yang sudah lama dan busuk kebiasaannya akan terapung di permukaan selain kulitnya dipenuhi bintik-bintik hitam.

2. Telur yang kurang segar pula akan tenggelam tetapi kelihatan 'berdiri' di dalam air.

Usia telur itu mungkin sudah melebihi tiga minggu, walaubagaimanapun ia masih boleh dimakan.

3. Telur yang segar akan tenggelam dan rata di dasar selain kelihatan berat.

Keadaan tersebut berlaku disebabkan kadar ruang udara di dalam telur segar masih kecil.

Jika ruang udaranya semakin besar, maka telur tersebut telah kehilangan kandungan air di dalamnya.

Bagi memastikan telur boleh digunakan dalam jangka masa lama, anda digalakkan menyimpannya di dalam peti sejuk.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain