suria

Mahu rumah berbau harum dan segar seperti hotel? Tak perlu modal tinggi, buat sendiri guna 2 bahan je

Haruman daripada air mawar dan daun pandan kekal berpanjangan.

MENJADIKAN kediaman berbau harum seperti hotel memakan kos yang tinggi selain perlu konsisten membersihkan setiap ruang dan permukaan yang ada.

Bagi wanita bekerjaya, agak sukar untuk melakukan tugasan pembersihan setiap hari.

Malah terpaksa membiarkan bau-bauan kesan memasak melekat di langsir dan sofa kerana tidak mempunyai lebihan masa bagi menghilangkannya.

Sebenarnya mudah sahaja untuk memastikan rumah berbau wangi dan harum setiap masa tanpa mengeluarkan kos yang tinggi setiap bulan.

Anda bolehlah mencuba tip menggunakan dua bahan yang dikongsikan Impiana.

Bahan-bahan

3 helai daun pandan

1 botol air mawar

Cara membuatnya

1. Basuh daun pandan sehingga bersih dan keringkan airnya.

2. Apabila kering, gunting daun pandan tadi supaya bersaiz kecil dan masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian.

3. Kemudian masukkan air mawar ke dalam bekas tadi.

4. Kacau rata supaya semua daun terkena air mawar.

5. Bekas tadi bolehlah diletakkan di setiap ruang di rumah anda.

6. Rumah bukan sahaja harum semerbak, malah wangian juga bertahan lama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain