suria

Baja kulit telur bantu selesai masalah pokok matang tapi tak berbunga, mudah nak buat cuma guna 2 bahan

Baja organik kulit telur menggalakkan pengeluaran bunga pokok.

POKOK yang tidak mengeluarkan bunga akan sukar untuk berbuah kerana tidak melalui proses pendebungaan.

Penggunaan baja bunga pula kadang kala tidak berkesan meskipun pokok dijaga dengan baik.

Bagi anda yang ingin menggalakkan pertumbuhan bunga pada pokok, cubalah hasilkan baja organik seperti dikongsikan Azuan Abdullah ini.

Bukan sahaja senang, malah ia menjimatkan poket anda! Hasil juga pasti memuaskan.

Bahan-bahan:

100 gram kulit telur

1 liter cuka asli

Bekas yang sesuai

Baja boleh disembur terus kepada pokok selepas dicampur bersama air mengikut nisbah yang dicadangkan.

Baja boleh disembur terus kepada pokok selepas dicampur bersama air mengikut nisbah yang dicadangkan.

Cara penyediaan:

1. Basuh atau rendam kulit telur untuk bersihkan lendir putih telur.

2. Jemur di bawah terik matahari sehingga kering atau goreng tanpa minyak (sangai).

3. Kemudian hancurkan kulit telur tadi sehingga halus.

4. Masukkan ke dalam bekas dan tuangkan cuka asli.

5. Jangan tutup rapat bekas tadi.

6. Simpan di tempat redup selama 30 hari.

7. Selepas 30 hari, tapiskan kulit telur tadi dan asingkan airnya.

8. Simpan di dalam botol dan letakkan di tempat redup.

9. Apabila nak guna, ambil 2-5ml untuk 1 liter air siraman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain