suria

Jangan asyik nak beli baharu! Ini cara selesaikan masalah tudung tak ‘on point’, rupanya kena bekukan dalam peti sejuk

Langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mengembalikan tekstur asal tudung.

TUDUNG yang mudah dibentuk dan sentiasa on point adalah keutamaan bagi wanita berhijab.

Wanita akan moody sepanjang hari jika bahagian muncung tudung atau awning di atas kepala kelihatan senget, penyet atau mengembung ketika dipakai.

Bukan sahaja tidak selesa, golongan hijabi ini akan merasakan penampilan tidak sempurna dan sentiasa membetulkan tudung yang dipakai sehingga membuatkan mereka hilang keyakinan diri.

Kebiasaannya tudung yang sukar dibentuk berpunca daripada cara cucian dan kemungkinan dimasukkan ke dalam mesin pengering sehingga merosakkan material asalnya.

Sebelum anda bercita-cita membeli tudung yang baharu, apa kata cuba dulu kaedah yang dikongsikan @effalatif0 di laman TikTok supaya tudung sedia ada kembali on point.

1. Masukkan tudung ke dalam peti sejuk di ruangan sejuk beku.

2. Biarkan semalaman supaya ia keras.

3. Apabila sudah beku, cairkan aisnya terlebih dahulu.

4. Kemudian cuci semula menggunakan tangan dan terus jemur di bawah terik matahari.

5. Tudung akan kembali seperti asal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain