suria

Balik kampung bawa buah tangan? Wow, banyak hamper Aidilfitri ikut pilihan, citarasa

Lebaran ini merupakan detik bermakna untuk menunjukkan kasih sayang kepada insan yang dicintai.

HARI Raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi. Lebaran ini merupakan detik bermakna untuk menunjukkan kasih sayang kepada insan yang dicintai.

Selain kuih raya, anda juga boleh memberikan hamper sebagai tanda penghargaan buat mereka. Antara yang sering menjadi pilihan ramai adalah hamper berisi makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Shopping sambil cuci mata dan berhibur! The LINC KL meriah habis sepanjang Ramadan, Syawal

Tidak hanya terhad kepada hamper berisi makanan sahaja, kini sudah banyak produk untuk dijadikan pilihan.

Anda boleh menunjukkan kreativiti melalui pemberian hamper supaya ia menjadi ingatan dan lebih bermanfaat.

7-Peralatan-masak

1. Hamper peralatan memasak

Sambutan Aidilfitri dikenali dengan pelbagai juadah seperti rendang dan kuih raya.

Jadi tidak hairanlah jika menyebut lebaran, anda terus mengingati tentang dapur dan meja makan yang dipenuhi hidangan yang enak dan boleh mengenyangkan perut dari pagi hingga malam.

Saat menyambut raya, dapur akan menjadi tempat berkumpul semua ahli keluarga dan bertukar-tukar cerita kerana lama tidak berjumpa.

Pelbagai jenis set peralatan makanan hingga kuali menggoreng, dan peralatan masak yang lain dapat anda berikan untuk menambah kehangatan Hari Raya bersama keluarga tercinta.

Bukan hanya peralatan memasak, anda juga boleh menyertakan bahan memasak tanpa pengawet, pewarna dan perasa buatan untuk idea hidangan bersama keluarga.

puteri-raya-hamper-unwrapped

2. Hamper makanan ringan

Mungkin ramai yang tidak asing lagi dengan kalimat "Food Is My Love Language". Pemberian hamper berisi kuih raya atau makanan manis pada hari raya adalah pilihan yang klasik namun detik ini sering ditunggu-tunggu.

Makanan manis dapat merangsang bahagian otak bernama nucleus accumbens yang melepaskan dopamin. Makanan ini juga dapat membantu melepaskan serotonin iaitu hormon yang boleh memberikan impak bertenang.

Sebagai tambahan makanan manis di Hari Raya, anda boleh mengirimkan hamper seperti brownies, kuih raya dan ais krim.

IMG-2478-2

3. Hamper healing kit

Bercakap mengenai "healing", tentu tidak terlepas daripada alasan untuk meringankan beban pemikiran. Kehidupan dewasa sangat memenatkan, maka anda memerlukan masa yang khusus untuk memanjakan diri sendiri bagi menghilangkan stres.

Fenomena "healing" ini sudah tentu tidak asing lagi. Dalam bahasa yang lebih mudah, healing adalah proses untuk kembali menjadi lebih sihat baik secara mental ataupun fizikal.

Memberikan hamper yang mengandungi self-love kit seperti produk perawatan muka, produk perawatan rambut, lilin beraroma dapat membantu orang tersayang meringankan beban pemikirannya dan melakukan healing tanpa perlu keluar rumah.

Produk ini akan memberikan manfaat kepada penerima kerana hamper boleh menjadi tanda ingatan anda untuk si penerima berehat dan menenangkan diri.

HB-HAMPER-001

4. Hamper perawatan badan

Idea lain untuk memberikan hamper kreatif adalah memberikan produk perawatan badan untuk orang yang tersayang.

Hamper ini boleh diisi dengan shower puff, sabun cair atau bath bombs, produk perawatan muka dan rambut. Mungkin produk ini sangat biasa apabila didengari.

Namun, memberikan hamper unik ini buat orang tersayang tentu sangat bermakna dan bermanfaat.

Maka, melalui hamper ini dapat menemani mereka dalam mengisi waktu dengan merawat dan membersihkan diri.

71368-LEGO-Super-Mario-Toads-Treasure-Hunt-Expansion-Set-2-1

5. Hamper permainan

Selain rendang dan kuih raya, Hari Raya juga menjadi simbolik untuk berkumpul bersama keluarga besar.

Waktu berkumpul anda dapat melakukan banyak aktiviti menarik seperti berborak, berjenaka dan bermain permainan yang menguji kreativiti seperti membina lego.

Hamper permainan ini boleh menjdi pelengkap kepada kegiatan berkumpul yang lebih seronok untuk dilakukan bersama dan menambah kehangatan hubungan antara keluarga.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain