suria

Masuk 2 Syawal dah rasa bosan di rumah... Jom lakukan 4 aktiviti ini

SUDAH masuk Syawal kedua, pasti ramai daripada kita mula berasa bosan berada di rumah, bukan?

Sebenarnya terdapat pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk menyemarakkan Aidilfitri yang melibatkan ahli keluarga sekaligus mengeratkan lagi silaturahim.

1. Masak bersama

Makanan memang boleh mengeratkan hubungan sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga. Terdapat pelbagai menu boleh dimasak bersama-sama bagi menghilangkan rasa bosan duduk di rumah.

2. Menonton filem

Setiap kali Aidilfitri, program di televisyen banyak menjamu penonton dengan pelbagai drama, filem bertemakan hari raya. Ambil peluang ini untuk menghabiskan masa menonton televisyen sambil menikmati juadah yang dimasak.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

3. Permainan

Memandangkan kita tak digalakkan keluar rumah, apa kata bermain permainan seperti catur, monopoli atau pun membuat video TikTok.

Tanpa anda sedari, satu memori bersama mereka sudah tercipta.

4. Panggilan video

Bagi keluarga yang terpaksa berjauhan, panggilan video adalah cara paling terbaik untuk berhubung. Di situ juga, anda boleh mengajak sepupu untuk turut serta dan berbual secara maya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain