suria

Raya makin hampir, hati-hati perbelanjaan impulsif boleh menjahanamkan... segera lakukan 4 perkara ini!

HARI raya semakin dekat dan pastinya ramai yang sedang sibuk membuat pelbagai persiapan dan membeli pakaian baharu untuk digayakan di pagi Aidilfitri.

Tidak hanya kelengkapan wajib, ada pula yang tersasar dan membeli barangan yang bukan keperluan dengan menggunakan alasan 'memanjakan diri'.

ARTIKEL BERKAITAN: Memang seronok ‘swipe’ kad kredit tapi hati-hati dengan 5 situasi ini

Sebenarnya, tabiat itu boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah kewangan dan sebab itulah, perbelanjaan secara impulsif tidak digalakkan.

Jika anda termasuk dalam golongan yang gemar membuat pembelian impulsif sehingga mengalami masalah kewangan, boleh mencuba tip ini.

1. Buat senarai

Rancang pembelian anda dengan membuat senarai terlebih dahulu agar tidak terpesong ketika ke pasar raya. Dengan cara ini, anda dapat mendisiplinkan diri dan memfokuskan kepada senarai tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

2. Bayar tunai

Meskipun kini penggunaan kad kredit dan debit dilihat menyenangkan ketika membuat pembayaran, namun cuba guna tunai untuk semua urusan anda.

Dengan cara ini, anda lebih peka dengan jumlah wang yang ada di dalam dompet.

3. Cari cara lain kurangkan tekanan

Banyak orang memberitahu perbelanjaan secara impulsif ini dilakukan sebagai terapi untuk menghilangkan tekanan. Sebaik-baiknya, carilah hobi lain seperti yoga, menonton filem kegemaran atau melayari internet pada waktu lapang.

4. Catat perbelanjaan

Pastikan semua perbelanjaan dicatat bagi membolehkan anda melihat jumlah pengeluaran wang dalam sesuatu tempoh. Ia dapat membantu anda mengawal perbelanjaan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain