Jika boleh dilihat dengan mata kasar memang ngeri... wang, kad kredit perlu bersih elak jangkitan wabak

Kad Kredit

SEDAR atau pun tidak, wang kertas sebenarnya penuh dengan bakteria dan kuman. Berdasarkan kajian yang dilakukan, setiap 1:7 wang tercemar oleh bakteria feses.

Manakala 1:2 kad debit atau kredit mengandungi bakteria. Oleh itu, idea membawa sebotol pembersih tangan ketika keluar membeli-belah adalah idea yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahu pakai tapi tak tahu cara betul buang pelitup muka, ikuti 4 langkah ini elak terdedah virus Covid-19

Menurut Dr. Alan Taege yang juga seorang pakar dalam menangani penyakit berjangkit, wang dan benda lain yang berulang kali disentuh orang lain cenderung mengumpul pelbagai kuman.

"Bayangkan kita beri kad kredit kepada orang lain berulang-kali dan jangan pelik kalau ia dicemari bakteria," katanya.



Kad debit dan kredit juga tempat pengumpulan kuman dan bakteria tanpa kita sedari.

Dr. Alan memberitahu bakteria merebak dengan cepat malah pada permukaan telefon dan beg tangan yang sering dipegang.

Bagaimanapun katanya, kita mampu mengurangkan pencemaran virus ketika berbelanja apatah lagi pandemik Covid-19 yang sedang berleluasa dan vaksin masih belum ditemui.

1. Membersihkan kad debit atau kredit sejurus selepas digunakan untuk membuat pembayaran. Sekiranya ia sudah bersih, giliran kita pula untuk mencuci tangan.

Memandangkan kita berada di luar, gunakan pembersih tangan berasaskan alkohol sebagai alternatif dan basuh tangan menggunakan sabun dan air apabila pulang ke rumah.



Pastikan anda mengguna hand sanitizer ketika masuk ke mana-mana kedai.

2. Pastikan tangan tidak menyentuh mata dan mulut ketika membuat pembelian. Cara itu kata Dr. Alan, membolehkan bakteria masuk ke dalam tubuh dengan mudah.

Dalam kajian yang dilakukan pada 2012, Dr. Alan memberitahu penyelidik di Universiti Queen Mary, London membuatkan uji kaji terhadap tangan, wang dan kad kredit terhadap 300 koresponden.

Hasil kajian itu, mereka menemui 11 peratus bakteria pada tangan, lapan peratus (kad kredit) dan enam peratus (wang).

Sel atau organisme yang ditemui adalah jenis bakteria stafilokokus yang bertanggungjawab terhadap pelbagai jangkitan ringan hingga serius.

Penyelidik juga menemui material feses yang berasal daripada kotoran pada saluran gastrointerstinal yang boleh menyebabkan masalah serius jika jangkitan tidak di kesan awal.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain