suria

Ada yang terpaksa tadah air hujan untuk bekalan harian... selamatkah ia diminum?

Adakah selamat minum air hujan?

AIR adalah komponen penting untuk tubuh manusia maka tidak hairan 60 peratus daripada badan kita terdiri daripada air.

Tubuh mengalami proses kehilangan air melalui pelbagai proses seperti berpeluh dan minum air setiap hari membantu menggantikan kehilangan cecair dan menjaga tubuh tetap sihat dan berfungsi dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja kasut tumit tinggi, memandu berkaki ayam pun ada bahayanya

Sumber air boleh ditemui daripada pelbagai punca dan paling penting ia bersih dan selamat untuk diminum. Namun adakah air hujan selamat diminum?

Pertanyaan ini barangkali relevan ketika ini memandangkan Malaysia sudah memasuki musim tengkujuh.

Healthline melaporkan tindakan minum air hujan tidak salah dan tidak mendatangkan mudarat selagi ia bersih. Faktanya, masih ada masyarakat di dunia yang bergantung kepada air hujan sebagai sumber utama air minuman mereka.



Masih ada masyarakat di dunia yang bergantung kepada air hujan sebagai sumber utama air minuman mereka.

Bagaimanapun tidak semua air hujan selamat untuk diminum kerana terdapat beberapa faktor fizikal dan persekitaran yang mampu mengubah air hujan menjadi berbahaya.

Ia berkemungkinan mengandungi parasit, bakteria berbahaya serta virus yang dikaitkan dengan wabak penyakit. Air hujan yang jatuh di kawasan tercemar atau bersentuhan dengan kotoran daripada haiwan atau besi buruk, mungkin tidak sesuai untuk diminum oleh manusia.

Oleh kerana itu, kita tidak disarankan untuk menadah atau minum air hujan kecuali yakin bahawa ia bersih tanpa sebarang kotoran.

Sebaik-baiknya, air hujan yang ditadah perlu disaring dan dirawat dengan betul dan jika tidak dapat 'membersihkannya' kita tidak disarankan untuk menggunakannya sebagai air minuman.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain