suria

Tidak pernah berpisah walau sehari, angsa jadi sahabat lelaki ini sejak 37 tahun lalu

Recep Mirzan membela angsa kesayangannya sejak 37 tahun lalu.

SETIAP daripada kita pasti mempunyai seorang sahabat baik yang menjadi tempat berkongsi pelbagai perkara suka dan duka.

Bagaimanapun berlainan dengan seorang warga emas di Turki ini, dia menjalinkan persahabatan dengan seekor angsa yang pernah diselamatkannya suatu ketika dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Say no to cash... selama 36 tahun bergantung hidup dengan baucer, cara lelaki Jepun ini memang menakjubkan!

Paling mengagumkan tempoh persahabatan yang terjalin antara Recep Mirzan dan angsa berkenaan sudah mencecah 37 tahun lalu.



Garip akan mengekor Mirzan ke mana sahaja dia pergi.

Ketika itu, Mirzan bersama beberapa kenalannya sedang berjalan-jalan sebelum melihat angsa itu yang terbaring lemah akibat sayapnya patah.

Mirzan segera membawa pulang angsa itu kerana tidak mahu ia diserang haiwan lain dan sejak itu dia menjaga dan menjadi peneman setianya serta memberinya nama Garip.

Sejak itu, Garip tinggal bersama Mirzan di ladangnya yang terletak di wilayah Karaagac, Turki.

"Saya sangat suka kepada haiwan dan ketika menemui Garip saya terus memberitahu diri bahawa saya tidak boleh meninggalkannya dan perlu membawanya pulang.

Tidak hanya bersahabat dengannya, Mirzan memberitahu angsa kesayangannya itu juga cukup rapat dengan kucing dan anjing peliharaannya.



Garip teruja melihat sahabatnya.

"Mereka sering bermain bersama-sama di luar rumah dan selebihnya Garip akan memerap di atas riba saya apabila ia keletihan," kongsinya.

Mirzan juga memberitahu, dia tidak pernah mengurung Garip di dalam kandang malah membiarkan ia bergerak bebas dan tidur di dalam rumah.

Ia juga katanya tidak pernah cuba melarikan diri malah akan mengikut ke mana sahaja Mirzan pergi setiap kali melihat kelibatnya.

"Selepas 37 tahun, kami sudah terbiasa dengan rutin harian setiap hari. Boleh dikatakan kami tidak pernah berpisah," ceritanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain