suria

Tiada lagi sentuhan magis... 'Hero' perasa Indomie, Nunuk Nuraini pergi selamanya

Nunuk Nuraini telah mencipta pelbagai perasa untuk mi segera Indomie yang menjadi kegemaran di seluruh dunia.

PENCIPTA perasa mi segera kegemaran ramai Indomie iaitu Nunuk Nuraini meninggal dunia pada Rabu lalu pada usia 59 tahun.

Berita itu turut disahkan oleh jurucakap Indomie, Nurlita Novi Arlaida mengenai perkhabaran sedih itu namun tidak dinyatakan sebab wanita itu meninggal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa sangka hobi permainan Lego sejak kecil kini kerjaya Muhammad Khairul... paling bangga 150,000 Lego hargai frontliners - “Seronok lihat idea saya diubah jadi produk nyata”

"Benar, Nunuk Nuraini telah meninggal dunia dan kembali kepada Allah," katanya.

Nunuk yang juga graduan dalam bidang teknologi makanan dari Universiti Padjadjaran, Bandung, Indonesia mula bekerja di bahagian pembangunan makanan di Indofood sejak 30 tahun lalu.



Berita kematian Nunuk Nuraini mengejutkan peminat mi segera itu.

Antara perasa ciptaan Allahyarham termasuklah perasa soto, rendang, kari ayam, sambal matah dan OG mie goreng.

Indomie bukan sahaja popular dalam kalangan penduduk di Indonesia malah Malaysia serta di seluruh dunia yang gilakan produk keluaran jenama itu.

Malah produk itu juga turut dipasarkan di 80 buah negara di seluruh dunia - termasuk menjadi jenama terkenal di Australia dan Amerika Syarikat.

Pada November 2019, Los Angeles Times turut menamakan perasa ayam barbeku sebagai mi segera terbaik manakala perasa OG mie goreng ciptaan Nunuk berada di tempat kesepuluh.

Sementara itu, pada 2017, Nunuk mendapat pengiktirafan daripada Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil yang menamakannya sebagai 'hero'.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain