Ibunya ‘tewas’, ramai kagum lelaki terberat Guinness World Records 2017 sembuh selepas dijangkiti Covid-19

Juan Pedro Franco kembali sembuh selepas dijangkiti Covid-19.

BEKAS manusia terberat dunia Guinness World Records 2017, Juan Pedro Franco dilaporkan sembuh daripada virus Covid-19.

Juan percaya dia sembuh daripada wabak itu susulan program diet ketat yang dilakukannya selama beberapa tahun kebelakangan ini selain bersenam serta melakukan pembedahan bariatrik bagi mengecilkan saiz perutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas Terengganu tak peduli dianggap gila, kutip 9,000 botol kaca di pesisir pantai... paling sempoi siap buka muzium!

Sebelum ini, Juan memiliki berat 595 kg namun selepas berusaha mengamalkan gaya hidup sihat, beratnya kini hanya 208 kg.

Ketika berita Juan terkena Covid-19 disebarkan, ramai skeptikal dia akan terselamat kerana selain masalah obesiti, dia juga mempunyai penyakit diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit paru-paru.

Umum mengetahui pesakit Covid-19 yang mempunyai sejarah penyakit kronik kebanyakannya tidak mampu melawan virus itu dan meninggal dunia.



Perbezaan berat badan Juan yang sebelum ini mencecah 500 kg.

"Ini penyakit yang sangat agresif. Saya mengalami sakit kepala, sakit sendi, sesak nafas dan demam. Saya adalah orang yang sangat berisiko tinggi," katanya kepada AFP.

Mexico adalah negara yang mencatatkan angka kematian Covid-19 keempat tertinggi di dunia.

Satu perempat daripada 74,000 rakyat Mexico yang meninggal dunia akibat Covid-19 mempunyai masalah obesiti.

Kajian dilakukan Universiti North Carolina mendapati individu dengan masalah obesiti memiliki risiko 46 peratus lebih tinggi terkena Covid-19.

Golongan ini juga 74 peratus lebih tinggi mengalami komplikasi dan memerlukan bantuan alat pernafasan akibat Covid-19.

Sementara itu, Juan yang kehilangan ibunya akibat Covid-19 memberitahu proses penurunan berat badan serta mengamalkan gaya hidup sihat telah menyelamatkannya daripada Covid-19.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain