suria

Semangat Malaysia Boleh! Penulis Hanna Alkaf tercalon anugerah Kirkus Prize di AS

Buku tulisan Hanna Alkaf, The Girl And The Ghost tercalon pada Anugerah Kirkus Prize, Amerika Syarikat.

BUKU kedua penulis Hanna Alkaf berjudul The Girl And Ghost yang diterbitkan oleh Harper (Harper Collins) mencipta sejarah apabila ia berjaya dicalonkan pada Anugerah Kirkus Prize Amerika Syarikat.

Buka yang dilancarkan tahun ini itu dicalonkan menerusi kategori Young Reader's Literature.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa sangka dulu OKU ini tokan dadah, kini imam surau

"Apabila nampak e-mel daripada editor saya selepas bangun tidur, rasa macam bermimpi dan saya minta suami untuk membacanya bagi memastikan ia benar.

"Saya cukup terharu dapat tersenarai sebagai calon bersama-sama penulis terkenal lain seperti Elizabeth Acevedo dan Jason Reynolds.



Hanna terharu buku tulisannya mendapat pengiktirafan.

Saya sangat bersyukur. Saya langsung tak menyangka ia akan berlaku dalam karier saya," katanya kepada The Star.

The Girl And The Ghost adalah novel kelas menengah (pembaca di antara usia 8 hingga 12 tahun) tulisan Hanna.

Ia mengisahkan mengenai seorang gadis muda yang mempunyai hubungan pelik dengan pelesit (hantu dalam cerita rakyat Melayu).

Buku tersebut adalah karya terbaharu Hanna selepas melancarkan novel, The Weight Of Our Sky (2019) yang turut memenangi Anugerah Freeman Book di negara Uncle Sam bagi kategori Young Adult/High School Literature awal tahun ini.



The Girl And The Ghost buku tulisan kedua Hanna.

Menerusi kategori Young Reader's Literature, calon lain termasuklah Ibram X, Stamped From Beginning (pemenang Anugerah Kendi) yang turut ditulis bersama Jason Reynolds.

Calon lain adalah We Are Water Protectors (Michaela Goade), Fighting Words (Kimberly Brubaker Bradley) dan Clap When You Land (Elizabeth Acevedo).

Pemenang bakal membawa pulang AS$50,000 (RM208,000) untuk penulisan buku fiksyen, bukan fiksyen dan buku kanak-kanak terbaik - dipilih oleh panel penulis, pengkritik, penjual buku dan pustakawan.

Nama calon untuk setiap kategori diumumkan oleh Kirkus Reviews baru-baru ini dan pemenang akan diumumkan pada 5 November depan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain