suria

Model gigi rongak digunakan dalam kempen pakaian renang raih pujian netizen

Symone (kiri) dan Lucy terpilih untuk menjayakan kempen pakaian renang Primark. - Instagram Primark

SEIRING dengan peredaran zaman, definisi kecantikan wanita juga mula berubah dan semakin banyak jenama fesyen yang menggunakan wanita 'kebanyakan' sebagai model mereka.

Wanita kebanyakan itu dilihat sebagai satu lambang pelanggan sebenar yang terdiri daripada orang biasa berbanding model yang memiliki rupa paras dan bentuk badan yang sempurna.

Di United Kingdom, orang ramai memuji jenama pakaian 'high-street' Primark kerana menggunakan model yang hilang sebatang gigi di bahagian depan dalam kempen baharu pakaian renang mereka.

Primark berkongsi gambar Symone Lu yang terkenal dengan senyuman uniknya dan model bersaiz besar Lucy Knell ke laman Instagram jenama itu pada hujung minggu lalu.

Pengguna media sosial memberikan reaksi positif terhadap gambar-gambar tersebut dengan menyifatkannya sebagai satu inspirasi.

Symone tidak segan untuk menunjukkan senyumannya. - Some Ecards

Mereka juga berpandangan poster wanita seperti Lucy adalah sesuatu yang segar.

Seorang pengguna menulis: "Satu inspirasi! Saya rasa rendah diri dengan keadaan gigi saya, baru-baru ini saya memasang pendakap gigi kerana terdapat jurang pada gigi saya!

"Dia nampak menawan... saya berbangga dengannya dan juga Primark."

Seorang lagi pengguna media sosial menulis: "Bagusnya Primark menggunakan orang yang 'sebenar' sebagai model.

"Jadi, anak-anak saya tidak membesar dan berfikir mereka harus menggayakan penampilan tertentu."

Kempen tersebut bukanlah kali pertama Primark dipuji kerana menggunakan pelbagai jenis model dalam kempen iklan mereka. - Daily Mail

Symone Lu, Primark, Lucy Knell

Artikel Lain