suria

Penulis manga legenda Kazuo Koike yang pernah pengaruhi Quentin Tarantino, meninggal dunia

Koike meninggal dunia akibat radang paru-paru.

SEORANG penulis komik manga Jepun, Kazuo Koike dan pernah memberikan inspirasi kepada pengarah terkenal Quentin Tarantino dan Sam Mendes meninggal dunia pada Rabu lalu.

Beliau yang menghasilkan siri samurai dan aksi popular seperti Lone Wolf And Cub, Lady Snowblood dan Crying Freeman menghembuskan nafas pada usia 82 tahun.

Akaun Twitter miliknya mengesahkan beliau meninggal dunia disebabkan oleh penyakit radang paru-paru.

Beliau pergi buat selama-lamanya selepas enam hari rakan penciptanya Lupin III yang menghasilkan Monkey Punch dan Lone Wolf And Cub turut meninggal dunia.

Lone Wolf And Cub memberikan inspirasi kepada penulis kisah jenayah Max Allan Collins untuk menghasilkan novel grafik Amerika, Road To Perdition (1998).

Sedutan filem Kill Bill arahan Tarantino yang menggunakan pedang samurai ketika melakukan babak aksi. - Andrew Cooper Miramax

Di Jepun, enam filem, empat persembahan pentas dan satu program televisyen diadaptasi daripada karya ciptaan Koike.

Koike juga berkolaborasi dengan artis Kazuo Kamimura menghasilkan sebuah lagi siri bertemakan dendam, Lady Snowblood pada 1970-an.

Adaptasi filem pengarah Toshiya Fujita pada 1973 kemudian diakui oleh Tarantino sebagai inspirasi dalam naskah Kill Bill arahannya.

Koike juga menghasilkan manga menceritakan tentang dua hobi kegemarannya iaitu golf dan mahjong.

Beliau turut terlibat dalam penghasilan komik Amerika, Wolverine dan Hulk untuk pasaran Jepun. – The Straits Times/Asia News Network

Kazuo Koike, manga

Artikel Lain