SETIA menggunakan peti ais lama adakalanya menimbulkan masalah, terutamanya apabila perlu membuang lapisan beku yang semakin menebal setiap bulan. Bukan itu sahaja, proses untuk mengeluarkan ais yang terbentuk ini juga mengambil masa lama untuk diselesaikan. Seorang suri rumah, Salmi Hayati Salehoddin pernah membuat eksperimen pada bahagian freezer peti sejuk di rumahnya sendiri. Seperti yang dikongsikan di Facebook, wanita ini menjelaskan bahawa menerusi eksperimen itu, dia terlebih dahulu membiarkan ais terbentuk dengan tebal di ruang freezer selama lima bulan. Hasilnya, lapisan beku tersebut kelihatan terlalu tebal hingga menutupi nugget ikan di ruang tersebut. Ketebalan ais tersebut disimpan selama lima bulan. Dalam hantarannya, Salmi menunjukkan 'jalan pintas' yang digunakan untuk mencairkan lapisan beku yang terbentuk di dalam peti sejuk miliknya. Menurut wanita ini, dia menggunakan (hair dryer) pengering rambut yang dihalakan ke kawasan ais yang terbentuk. Dengan cara ini, masalah pembentukan ais tebal di ruang freezer dapat diselesaikan dengan mudah dalam masa kurang dari satu jam. Untuk makluman, pengering rambut bukan sahaja berfungsi untuk mencairkan ais yang terbentuk. Malah, kaedah ini juga boleh digunakan untuk mencairkan ikan, ayam, daging, udang, atau sotong yang dibekukan dengan lebih cepat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube