suria

Risau anak hidap sindrom unik? Ibu hamil boleh buat imbasan ini ketika usia kandungan 11 hingga 13 minggu

Edward Syndrome dapat dikenal pasti seawal usia kandungan 11 minggu.

KESIHATAN anak merupakan perkara paling penting dan utama untuk ibu dan bapa.

Malah, ada yang sanggup berbelanja sehingga beribu-ribu ringgit demi memastikan tahap kesihatan anak berada dalam keadaan baik.

Tambahan pula perkembangan pesat teknologi menjadikan urusan berkaitan perubatan turut berevolusi sehingga masalah kesihatan bayi dapat dikesan seawal usia dalam kandungan lagi.

Menerusi perkongsian oleh Klinik Nurr di Jasin, Melaka, ibu bapa boleh melakukan imbasan perut Nuchal Translucency Scan atau NT Scan bagi mengetahui masalah kesihatan anak mereka lebih awal.

Kaedah imbasan ini dapat mengetahui tanda awal tiga jenis sindrom iaitu edward syndrome, patau syndrome dan down syndrome.

Imbasan boleh dilakukan seawal usia 11 hingga 13 minggu kerana ia berfungsi untuk melihat ketebalan cecair di belakang leher bayi.

Jika ketebalan di belakang leher bayi melebihi tiga milimeter, kemungkinan besar bayi anda mengalami salah satu daripada sindrom berkenaan.

Jika usia kandungan melebihi 13 minggu, cecair di bahagian belakang leher tersebut akan beransur hilang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain