suria

Telur goreng tak jejas kesihatan, sekurang-kurangnya ada 5 manfaat minyak sawit termasuk jadikan masakan lebih sedap

Menu telur goreng memberikan banyak khasiat kepada kesihatan. Foto: Freepik

HANGAT seketika isu obesiti dan penggunaan minyak masak berlebihan dalam masakan beberapa hari kebelakangan ini.

Segalanya bermula selepas seorang doktor, Dr Rafidah Abdullah memberi teguran kepada personaliti masakan, Khairulaming berhubung juadah yang disediakannya baru-baru ini, merujuk kepada menu telur dadar dan sambal hijau.

Apa kata kita tinggalkan seketika kontroversi yang melanda dengan membaca perkongsian seorang pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad.

Masih lagi topik minyak masak dan telur, namun dalam hantarannya di Facebook, Dr Zubaidi berkongsi kebaikan kedua-dua bahan di atas untuk kesihatan. Rupanya banyak manfaatnya!

minyak

Minyak masak adalah minyak yang sihat jika ia tidak digunakan lebih daripada tiga kali gorengan. Foto: Freepik

"Makan telur goreng merosakkan kesihatan rakyat Malaysia kerana menggunakan minyak. Salah tanggapan ini. Pertama telur merupakan sumber protein yang murah. Banyak nutrien dalamnya.

"Kedua, jika guna minyak kelapa atau minyak sawit, ia adalah minyak yang sihat jika tidak digunakan lebih tiga kali gorengan.

"Kalau saya sendiri untuk menggoreng telur, saya guna hanya satu sudu minyak sawit atau minyak kelapa yang baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Masakan terlebih minyak, resipi sambal hijau Khairulaming ditegur Dr Rafidah - “Harap akan datang adalah makanan sihat”

"Minyak akan menyebabkan masakan menjadi lebih sedap, menyerapkan vitamin A,D,E dan K dengan lebih baik, mengelakkan pembentukan batu dalam hempedu dan meningkat rasa kenyang dan puas masa makan. Banyak lagi. Kalau makan dengan sayur dan ulam, lagi berkhasiat," demikian perkongsian Dr Zubaidi yang sehingga kini meraih lebih daripada 1,400 shares di Facebook.

salad

Minyak masak turut digunakan untuk menyedapkan salad. Foto: Freepik

Sementara itu, menerusi laman Hellodoktor turut menyenaraikan manfaat minyak minyak sawit iaitu:

1. Mengandungi vitamin A dan E, yang merupakan antioksidan yang kuat.

2. Minyak kelapa sawit telah dibuktikan secara saintifik melindungi jantung dan saluran darah dari plak dan kecederaan iskemia.

3. Minyak sawit yang diambil dalam diet yang seimbang didapati tidak menyebabkan risiko tambahan terhadap penyakit kardiovaskular.

4. Selain asid oleik dan linoleat, minyak kelapa sawit mengandungi vitamin E tocotrienols, antioksidan yang kuat dan menghalang pembentukan kolesterol.

5. Juga kaya antioksidan, omega 3, vitamin E dan vitamin K. Selagi mana pengambilan lemak tepu dipastikan kurang daripada 10 peratus dalam diet seimbang, pengambilan minyak sawit tidak akan memudaratkan, bahkan memberikan manfaat kesihatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain