suria

Jangan tertipu, dengkur bukan petanda tidur nyenyak! Rupanya amaran awal punca masalah penglihatan

Individu yang berdengkur boleh mengalami masalah penglihatan akibat glaukoma.

RAMAI yang beranggapan bahawa berdengkur semasa tidur menandakan seseorang itu mendapat kepuasan atau nyenyak.

Ada pula mengaitkannya dengan masalah pernafasan sehingga terhasilnya pelbagai produk bagi mengelakkan seseorang itu berdengkur sehingga mengganggu pasangan.

Namun, jika anda sering berdengkur walaupun tidur di siang hari, ia berkemungkinan besar petanda buruk untuk masalah penglihatan.

Penyelidik juga berpandangan bahawa mereka yang tidur siang dalam tempoh perkadaran satu per lima, akan cenderung menghidap glaukoma.

Lelaki paling ramai mengalami masalah tidur.

Lelaki paling ramai mengalami masalah tidur.

Pada masa ini, glaukoma adalah keadaan mata yang kebiasaannya berlaku kepada orang tua akibat kerosakan pada saraf optik yang menghubungkan mata ke otak.

Malah mereka yang mengalami insomnia dan mempunyai corak tempoh tidur pendek atau panjang adalah 13 peratus lebih berkemungkinan menghidapnya daripada mereka yang mempunyai pola tidur sihat.

Pakar juga percaya bahawa peningkatan risiko berpunca daripada perubahan dalam tekanan mata yang tercetus semasa berbaring mahupun ketika hormon tidur tidak stabil.

Keadaan ini boleh menyebabkan anda kehilangan penglihatan jika ia tidak didiagnosis dan dirawat daripada awal.

Penyelidik berpandangan mereka yang tidur siang dalam tempoh perkadaran satu per lima akan cenderung menghidap glaukoma.

KAJIAN

Menurut laporan yang dikeluarkan Daily Mail, kajian meliputi 400,000 penduduk di United Kingdom yang berumur 40 hingga 69 tahun.

Tabiat tidur mereka direkod selama lebih 15 tahun bagi mendapatkan data berkaitan glaukoma.

Mereka yang tidur antara tujuh dan sembilan jam sehari dikelaskan sebagai sihat.

Pun begitu, kira-kira 8,690 kes glaukoma dikenal pasti daripada mereka yang kurang tidur daripada tempoh sembilan jam dan kebanyakannya adalah lelaki, warga emas, pernah merokok atau mempunyai tekanan darah tinggi atau diabetes.

ARTIKEL BERKAITAN: Antara kurang, terlebih atau cukup tidur... anda tergolong dalam kumpulan mana?

Tempoh tidur pendek atau panjang dikaitkan dengan peningkatan risiko lapan peratus; insomnia 12 peratus; berdengkur empat peratus dan kerap mengantuk pada siang hari 20 peratus.

Mereka yang berdengkur dan sering berasa mengantuk pada waktu siang adalah 10 peratus lebih berkemungkinan menghidap glaukoma, manakala mereka yang mengalami insomnia dan mempunyai pola tempoh tidur yang pendek atau panjang adalah 13 peratus lebih berkemungkinan menghidapnya.

Penyelidik beranggapan bahawa individu yang berisiko tinggi mendapat glaukoma harus 'ditawarkan tidur manakala mereka yang berhadapan masalah tidur perlu menjalani pemeriksaan mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain