suria

Awas kalau kerap sembelit! Ini tanda-tanda awal kanser usus yang ramai ambil mudah...

Mengesan gejala awal kanser usus boleh menyelamatkan nyawa.

BERDASARKAN laporan kanser usus di Malaysia, ia adalah penyebab kedua kematian dan menjadi penyakit nombor satu menyerang kaum lelaki pada 2016.

Data turut menunjukkan, kanser itu menyerang 21.2 peratus daripada 100,000 lelaki dan 18 peratus daripada 100,000 orang di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka autisme, rupanya 2 anak hidap MPS II! Ibu bapa perlu tahu tentang ‘penyakit jarang jumpa’, diagnos boleh makan masa 2 tahun

Atas sebab itu, penting untuk mengenali gejala kanser usus di peringkat awal kerana ia mampu membantu menghalang daripada barah tersebut merebak bagi menyelamatkan nyawa.

Ini kerana kebanyakan penderita kanser ini hanya menyedari tentang kewujudan barah itu apabila sudah memasuki tahap ketiga dan sukar untuk diubati.

Akibatnya, kanser sudah parah dan merebak serta merosakkan organ lain di dalam badan sehingga menurunkan peratusan untuk sembuh sepenuhnya.

945302

Sembelit dan cirit-birit berterusan antara gejala awal kanser usus.

Kanser usus tahap awal

Bagi menjelaskan tahap kanser, ia biasanya dibahagi kepada lima peringkat. Peringkat awal menggambarkan keadaan penyakit yang belum berkembang dan masih boleh dikawal.

Pada tahap ini, kanser belum tumbuh di luar lapisan terdalam usus atau dipanggil mukosa. Kanser usus yang memasuki tahap satu pula menunjukkan tumor merebak ke lapisan terdalam usus dan submukosa.

Tetapi pada peringkat ini, ia belum merebak ke bahagian kelenjar dan masih boleh dikawal dengan rawatan dan pembedahan segera.

Gejala kanser usus tahap awal

Terdapat beberapa gejala kanser usus peringkat awal yang boleh dikenal pasti, antaranya adalah;

1. Sembelit yang kerap

2. Cirit-birit yang berterusan

3. Warna najis berubah

4. Bentuk najis berubah menjadi ketulan kecil

5. Kehadiran darah dalam najis

6. Perut kembung

7. Kerap sakit perut

8. Sakit perut tetapi tiada najis yang keluar

9. Berat badan menurun mendadak

10. Berdarah ketika buang air besar

945305

Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa pesakit.

Bagaimanapun gejala kanser usus tahap awal ini boleh menyamai dengan penyakit lain seperti keradangan usus dan masalah pencernaan yang lain.

Jika berlaku gejala-gejala yang dinyatakan, sebaik-baiknya segera berjumpa dengan doktor kerana diagnosis awal dapat menyelamatkan nyawa dengan potensi sembuh sebanyak 72 peratus.

Kanser usus yang biasanya banyak berlaku dalam kalangan golongan berusia kini bukan lagi disebut penyakit 'orang tua', sebaliknya semakin banyak golongan muda terkena penyakit ini disebabkan gaya hidup dan pemakanan tidak sihat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain