suria

Hidung ‘benci’ bau daging? Anda mungkin ada Parosmia jika kurang senang hidu 11 makanan ini

Penyelidikan mendapati terdapat beberapa makanan yang mencetuskan Parosmia.

PENYELIDIKAN terkini telah menunjukkan bahawa terdapat beberapa makanan yang mencetuskan Parosmia - satu keadaan menyebabkan seseorang mengalami gangguan persepsi bau.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja penyedap masakan, kayu manis boleh bantu atasi masalah resdung

Parosmia mengakibatkan seseorang kehilangan keupayaan untuk menghidu bau sebenar sesuatu dan biasanya apa yang dihidu akan dirasakannya lebih berbau, berbau lebih kuat dan tidak menyenangkan. Contohnya, bau roti biasa akan menjadi lebih menyengit dan busuk bagi mereka.

Terbaharu sebuah kajian yang diterbitkan menerusi jurnal Wiley menganalisis gangguan deria bau yang berlaku pada pesakit Covid-19.

Menerusi kajian ini, penyelidik menganalisa Parosmia terhadap 1,299 koresponden berumur 15 tahun dan ke atas.

Hasilnya 10.8 peratus mengalami gejala Parosmia dan ia lebih banyak berlaku kepada golongan berusia 31-40 tahun (40.8 peratus) dan 31.7 peratus bagi mereka berusia 21-30 tahun.

Kajian itu juga mendapati kebanyakan kes adalah melibatkan wanita atau 73.6 peratus.

Antara makanan yang boleh mencetuskan parosmia adalah daging ayam dan daging lembu. Sebanyak 60 peratus terganggu dengan bau ayam dan lembu diikuti bau bawang putih dan telur.

Berikut merupakan makanan yang mencetuskan Parosmia terhadap 1,299 individu, menurut kajian. Bagi mereka yang mengalami Parosmia disarankan untuk mengurangkan dan mengelakkan mengambil senarai makanan yang disenaraikan di bawah.

1. Ayam dan daging lembu (60 peratus)

2. Bawang putih (50.7 peratus)

3. Telur (50 peratus)

4. Beras (35 peratus)

5. Timun dan tomato (30.7 peratus)

6. Ikan (29.3 peratus)

7. Sayur sayuran (25.7 peratus)

8. Kacang (23.6 peratus)

9. Produk tenusu (22.9 peratus)

10. Pasta (16.4 peratus)

11. Kacang soya (11.4 peratus)

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain