suria

Picit lagi dan lagi... berapa banyak ubat gigi diperlukan ketika menggosok gigi?

Kita tidak perlu menggunaakan ubat gigi yang banyak ketika menggosok gigi.

DEMI menjaga kesihatan gigi dan mulut, setiap daripada kita disarankan untuk menggosok gigi dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.

Persoalannya, berapa banyak ubat gigi yang diperlukan setiap kali kita memberus gigi? Ada sesetengah orang akan memicit ubat gigi dari awal hingga akhir berus gigi.

ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke kumur air garam boleh sembuhkan ulser? Ini apa yang anda perlu tahu

Jika dirasakan tidak cukup, ada yang menambah ketika sedang menggosok gigi kerana merasakan gigi mereka tidak dibersihkan dengan baik.

Menurut doktor gigi, Dr Gao Hye Teh kepada Health, kita tidak perlu menggunakan terlalu banyak ubat gigi dan cukup sekadar dengan sekali picit dengan ukuran sebesar biji kacang pea.

Kata Dr Gao, jika menggunakan ubat gigi terlalu banyak ia boleh memberi kesan kepada gigi terutamanya kepada kanak-kanak yang mempunyai struktur gigi yang belum sempurna.



Penggunaan ubat gigi berlebihan boleh merosakkan gigi.

Ini kerana kandungan florida yang ada dalam ubat gigi sangat aktif dalam melindungi lapisan enamel gigi agar tidak mudah berlubang.

Namun, florida ini berbahaya jika kita sering tertelan yang boleh menyebabkan fluorosis gigi.

Fluorosis ini adalah kelainan pada pada lapisan enamel gigi yang disebabkan oleh pengambilan florida berlebihan.

Biasanya tanda lebihan florida ini dapat dilihat apabila terdapat garisan putih pada gigi dan semakin lama ia akan bertukar warna kuning, coklat atau hitam pada gigi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain