suria

Zikir, ayat al-Quran untuk kanak-kanak hayati, kini diperkenalkan peranti audio Islamik dendangan Deja Moss

Dr Fazillah merasmikan Islamic Audio Device pada Isnin.

ALUNAN zikir-zikir ringkas dan mudah diikuti menggunakan peranti audio yang mampu mendidik generasi muda menghayati ayat-ayat suci al-Quran.

Islamic Audio Device khas untuk kanak-kanak antara produk terbaharu keluaran MommyHana itu dilengkapi dendangan penyanyi tanah air, Deja Moss.

"Islamic audio device atau peranti audio adalah alat yang yang dapat membantu dan melatih semua orang untuk mendengar serta lebih mudah memahami alunan bacaan ayat suci al-Quran setiap hari.

"Alat yang tiada radiasi ini juga dilengkapi dengan bunyi yang menenangkan seperti alunan ombak, Lullaby, White Noise, Mozart , lagu-lagu Omar&Hana dan juga zikir-zikir khas dendangan Deja Moss," ujar Pengasas MommyHana, Hana Shahadan selepas Majlis Pelancaran Islamic Audio Device pada Isnin.

Hana memberitahu, produk MommyHana merancang untuk tembusi pasaran Asean selepas produk berkenaan dilancarkan syarikat itu pada sesi pra jualan di laman sosial telah berjaya mengutip lebih RM1 juta dalam tempoh tidak sampai dua jam.

MommyHana kini sedang mengintai peluang pasaran di Singapura, Brunei dan Indonesia.

Majlis pelancaran produk terbaharu itu telah disempurnakan oleh pakar motivasi Datuk Dr Fadzillah Kamsah.

Turut dihadiri Timbalan Presiden Persatuan Pedagang Asean, Datuk Sohaimi Shahadan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Digital Durian Sinan dan juga Deja Moss.

Mommyhana sebelum ini terkenal dengan buku islamik interaktif Ebookku by Mommyhana sudah terjual lebih dari 200,000 unit.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain