suria

Warna hitam nampak tak menarik? Ramai keliru asam keping mana lebih sedap, salah pilih masakan jadi kurang ‘kick’

Perbezaan asam keping membuatkan ramai keliru tentang kualiti dan rasanya.

ASAM keping atau asam gelugur merupakan antara bahan penting yang digunakan dalam masakan.

Malah kebanyakan suri rumah lebih gemar menggunakan asam keping berbanding asam jawa kerana rasanya yang lebih masam dan tidak mengganggu warna masakan.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini terdapat dua jenis asam keping yang dijual di pasaran iaitu berwarna gelap dan keperangan.

Mereka yang baru 'berjinak-jinak' di dapur pastinya keliru ketika ingin memilih asam keping yang bersesuaian untuk masakan.

Kali ini mStar kongsikan beberapa info tentang kedua-dua jenis asam keping ini.

Ia berdasarkan pengalaman mereka yang menghasilkan sendiri asam keping dan menggunakannya dalam masakan seperti perkongsian di Facebook Masakan Terengganu.

1. Asam keping berwarna hitam terhasil daripada buah yang telah matang dan masak di pokok manakala asam keping keperangan adalah buah muda.

2. Mutu asam keping berwarna hitam lebih tinggi dan tidak mudah hancur apabila dimasak berbanding asam keping keperangan yang kebiasaannya akan hancur.

3. Kedua-dua asam keping ini memberi rasa masam, bagaimanapun asam keping berwarna hitam lebih baik dan tidak pahit.

4. Asam keping berwarna hitam dijemur kering dan lebih ringan manakala asam keping keperangan masih terasa lembab dan tebal.

5. Ada juga berpandangan asam keping berwarna hitam adalah asam lama berbanding asam keping keperangan yang masih baru. Ia juga akan menjadi hitam apabila disimpan untuk tempoh yang lama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain