suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Si manja asyik nak makan nugget ayam... Mak-mak boleh cuba resipi sihat ini, tak perlu risau kandungan MSG

Nugget ayam buatan sendiri lebih sedap dan berkhasiat.

PRODUK sejuk beku seperti nugget sudah menjadi makanan ruji kanak-kanak masa kini.

Maklumlah, kesibukan bekerja menyebabkan para ibu memilih makanan sejuk beku sebagai bahan masakan utama kerana mudah disediakan.

Anak pun gemar apabila disajikan makanan segera seperti itu.

Bagi mengelakkan anak-anak terdedah kepada bahan pengawet, garam dan MSG yang tinggi, apa kata para ibu menghasilkan sendiri nugget ayam di rumah.

Resipi perkongsian Che Ros ini bukan sahaja mudah, malah para ibu boleh mengawal kadar penggunaan bahan perasa tambahan.

Paling penting, rasanya sedap dan enak seperti produk dalam pasaran.

Bahan-bahan utama yang diperlukan.

Bahan-bahan utama yang diperlukan.

Bahan-bahan:

4 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

400g isi ayam

1 biji telur

Sedikit garam

1 sudu lada hitam

1 sudu lada putih

Sedikit air

2 sudu tepung jagung

1 cawan tepung serbaguna

Cara penyediaan:

1. Kisar isi ayam bersama bawang besar, bawang putih, telur dan tepung jagung sehingga lumat.

2. Kemudian tambahkan lada hitam, lada putih dan garam. Gaul sehingga sebati.

3. Sapu minyak pada loyang dan masukkan adunan tadi.

4. Kukus selama 30 minit.

5. Setelah siap kukus, angkat dan potong mengikut citarasa masing-masing. Boleh sejukkan dalam peti sejuk terlebih dahulu.

6. Bancuh tepung serbaguna dengan sedikit air, pastikan tidak terlalu likat atau cair dan sesuai untuk salutan.

7. Kemudian celup dan goreng adunan dalam minyak yang panas. Angkat apabila kekuningan dan sedia untuk dihidangkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain