suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan dibuang kerak roti, sayang... Ini resipi mudah dan pasti sedap, tambah 2 bahan je

Rahmat berkongsi resipi mudah menggunakan kerak roti.

KERAK roti sering kali dibuang atau dianggap sebagai bahagian yang kurang menarik untuk dimakan.

Namun jangan membazir kerana bahagian yang sering dibuang ini sebenarnya boleh dijadikan menu enak selepas diolah dengan kreatif.

Menerusi video dikongsikan individu dikenali sebagai Rahmat di TikTok, dia berkongsi cara menggunakan kerak roti untuk menghasilkan hidangan lazat dengan campuran beberapa bahan mudah.

Bahan-bahan diperlukan:

1. Bahagian tepi roti yang dikumpul

2. Susu segar

3. Keju

Kerak roti yang siap digoreng boleh dihidangkan menggunakan air gula atau sos cili.

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar kerak roti untuk mendapatkan tekstur lebih halus.

2. Masukkan sedikit susu pada bahan yang sudah dikisar dan gaul sehingga sebati.

3. Sekiranya terlebih susu, anda boleh masukkan sedikit tepung gandum ke dalam adunan.

4. Gentel adunan untuk dijadikan bentuk bulat lebih kecil.

5. Masukkan keju di bahagian tengah untuk dijadikan inti.

6. Goreng adunan kerak roti tadi menggunakan minyak panas sehingga masak.

Selepas siap dimasak, hidangkan kerak roti yang masih dalam keadaan panas bersama sos cili.

Sekiranya anda tidak mempunyai keju di rumah, kerak roti kosong (tanpa inti) ini boleh disira menggunakan air gula sebagai penambah rasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain