suria

Wajib ke beli ‘souvenir’ setiap kali ‘travel’? Ini baik, buruk beli ole-ole ketika melancong

Membeli cenderamata setiap kali melancong bukanlah satu kewajipan. -Gambar hiasan

SETIAP kali pergi melancong, kita pasti dibebani rasa bersalah jika tidak membelikan apa-apa buah tangan buat keluarga dan kawan-kawan.

Namun, perasaan itu sebenarnya harus dibuang jauh-jauh kerana souvenir hanyalah tanda ingatan dan bukanlah satu kewajipan.

Menurut laman Instagram Hayu Travel, anda boleh menjimatkan kos dan mengurangkan berat bagasi jika tidak membeli cenderamata.

Kenapa tidak perlu beli untuk semua orang?

1. Penjimatan kos - Harga cenderamata di lokasi pelancongan terkenal agar mahal. Jadi lebih baik anda simpan duit itu untuk membeli makanan atau melakukan aktiviti menyeronokkan.

2. Kurang berat bagasi - Cenderamata boleh menambah berat bagasi, terutamanya jika dibeli dalam kuantiti banyak. Malah, anda juga berkemungkinan perlu membayar kos tambahan untuk check-in bagasi jika ia terlebih berat.

3. Lebih fokus pada pengalaman - Tanpa tekanan memikirkan hadiah, kamu boleh menikmati percutian, fokus kepada pengalaman dan bukannya sibuk mencari barang untuk orang lain.

A passenger checking flight information at Kuching International Airport after flights were cancelled due to a volcano eruption in Indonesia. - ZULAZHAR SHEBLEE/ The Star

Anda sepatutnya bercuti dengan tenang tanpa perlu memikirkan orang lain. -Gambar hiasan

4. Tidak dihargai - Tidak semua orang menghargai cenderamata yang dibeli dan kadangkala ia hanya berakhir sebagai barang yang tidak digunakan.

Tapi ada juga keburukannya kalau tidak beri cenderamata:

1. Kecil hati - Ada yang mungkin terasa hati jika mereka mengharapkan sesuatu sebagai tanda ingatan, terutamanya keluarga atau sahabat rapat.

2. Rasa bersalah - Jika ada yang sering memberi kamu sesuatu daripada percutian mereka, kamu mungkin rasa bersalah jika tidak membawa apa-apa untuk mereka.

3. Tidak ada kenangan - Cenderamata boleh menjadi tanda kenangan atau kejutan kecil yang bermakna untuk seseorang.

Kesimpulan

Beli cenderamata jika ia bermakna dan sesuai dengan bajet.

Fokus pada pengalaman percutian dan beli hanya untuk individu yang benar-benar rapat.

Jika tidak, berkongsi cerita dan gambar perjalanan sudah memadai untuk menggembirakan orang lain.

Artikel Lain