suria

Pengalaman menakjubkan di Perth! Teroka keindahan alam dan budaya… Ini 4 destinasi menarik anda wajib tahu di Australia Barat

Pemandangan ‘Pink Lake’ yang menakjubkan di Hutt Lagoon di Port Gregory.

JELAJAHI keajaiban alam semula jadi yang menakjubkan dan kekayaan budaya yang unik di Perth, Australia Barat.

Australia Barat menawarkan pelbagai destinasi menarik yang boleh dikunjungi terutamanya di kawasan-kawasan seperti Perth, Margaret River dan Broome.

Di Perth, pengunjung berpeluang menikmati pemandangan indah dari Kings Park dan melawat Fremantle. Margaret River pula terkenal dengan ladang pantai-pantai yang cantik, manakala di Broome dapat menyaksikan panorama matahari terbenam di Cable Beach.

Semua destinasi ini mudah diakses sama ada memandu sendiri atau menaiki bas persiaran, sekali gus membolehkan pengembara meneroka pelbagai keindahan alam semula jadi dan budaya di seluruh Australia Barat.

Nak tahu kenapa Australia Barat terlalu istimewa? Jom mStar senaraikan destinasi dan tarikan menarik buat pengembara yang mahu berkunjung ke sini.

Sedia maklum, proses permohonan VISA atau Kebenaran Perjalanan Automatik (ETA) untuk memasuki Australia, kini lebih pantas dan mudah apabila menghantar segala dokumen yang diperlukan dengan tepat.

Rottnest Island dengan pantai yang cantik dan suasana tenang.

1. Destinasi Perth

Rottnest Island yang terletak tidak jauh dari pantai Perth, Australia Barat, merupakan destinasi pelancongan terkenal dengan keindahan alam semulajadinya dan kehidupan liar yang unik.

Di Rottnest Island terserlah dengan beberapa pantai yang menakjubkan seperti The Basin, Pinky Beach, dan Swan Lagoon, yang terkenal dengan air jernih dan pasir putih.

Selain itu, ia terkenal dengan perairan yang jernih, menjadikannya sebagai tempat yang ideal untuk aktiviti air seperti snorkeling dan berkayak.

Anda juga boleh meneroka keindahan terumbu karang dan kehidupan marin yang pelbagai.

Quokka digelar sebagai haiwan paling gembira di dunia.

Malah apa yang lebih menarik, anda juga berpeluang berjumpa dengan quokka, yang diberi gelaran sebagai haiwan paling gembira di dunia.

Ia boleh ditemui terutamanya di Rottnest Island kerana populasi quokka yang tinggi di pulau berkenaan.

Jika mahu mencabar adrenalin, anda boleh melakukan aktiviti payung terjun sambil menikmati keindahan pulau ini dari pandangan atas.

Selain itu, Swan Valley adalah kawasan yang terletak di Perth yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi serta pelbagai tarikan pelancongan.

Antara tarikan utama di sini tentunya Caversham Wildlife Park, sebuah taman hidupan liar yang membolehkan pengunjung melihat dan berinteraksi dengan haiwan-haiwan tempatan seperti kanggaru, koala, dan burung-burung.

Swan Valley Mosque and Islamic Centre adalah satu lagi tarikan yang menarik di kawasan ini. Ia merupakan pusat agama yang penting bagi komuniti Islam di kawasan tersebut, selain pengembara dapat mengetahui lebih lanjut tentang budaya dan sejarah Islam di Australia Barat.

Perth menawarkan persekitaran yang sempurna untuk para pencinta alam.

2. South West, Australia

Pengalaman alam semula jadi dan hidupan liar yang ditawarkan oleh Australia Barat pasti menggembirakan buat mereka yang gemarkan pengembaraan.

South West merupakan wilayah wain paling premium di Australia, terletak di antara pantai yang bersih, gua-gua purba, dan hutan kayu tinggi.

Wilayah Margaret River yang bertaraf dunia menawarkan pengalaman kulinari pesisir yang luar biasa, menjadikannya destinasi unik untuk penggemar makanan dan pencinta pengembaraan outdoor.

Di tengah ladang anggurnya, pengunjung boleh menemui pintu cellar yang mengalu-alukan kedatangan, restoran yang memenangi anugerah, penyedia makanan tempatan, dan kilang penyulingan yang menanti untuk diterokai.

Selain keenakan makanan dan variasi wain, tarikan semula jadi di Selatan Barat mengundang pengembara untuk meneroka.

Terokai lautan dengan meluncur, berenang, atau snorkeling di lokasi pantai yang menakjubkan, bahkan menyaksikan ikan paus bungkuk yang megah dalam migrasi tahunan mereka.

Di darat, pengembara boleh menikmati pengalaman luar biasa berjalan di bawah pokok-pokok raksasa hutan kayu yang tinggi, berhubung dengan budaya Aborigin di tanah Wadandi dan Bibbulmun, serta merasai kemewahan tanpa alas kaki di Cape to Cape Track yang ikonik.

Salah satu pengembaraan ekologi di kawasan ini ialah lawatan ATV elektrik pertama melalui Hutan Boranup.

Ambil kesempatan untuk berkemah bersama keluarga di Valley of the Giants Tree Top Walk dan menikmati pengalaman glamping yang menakjubkan.

Antara lokasi menarik yang boleh dikunjungi pengembara adalah Kattaning Region iaitu sebuah bandar kecil di Australia Barat yang terletak kira-kira 270 kilometer di tenggara Perth.

Katanning dikenali dengan kawasan pertanian yang subur dan merupakan pusat pengeluaran utama bagi pelbagai produk, termasuk daging kambing dan domba.

Wilayah ‘The South West’ terkenal dengan ombak bertaraf dunia, maka tidak hairanlah peluncur ombak dari seluruh dunia tertumpu ke Margaret River, yang terletak kira-kira 270 kilometer (km) atau tiga jam perjalanan dari Perth.

Garisan pantai yang indah dan terpelihara ini menjadi pusat kepada beberapa gelombang ombak terbesar dan terbaik di dunia.

Setelah beberapa hari meluncur di Margaret River, anda boleh bersantai dengan berkunjung ke salah satu ladang wain yang terkenal di kawasan ini.

Menariknya, Injidup Natural Spa di Yallingup, iaitu lokasi semula jadi di mana pelancong dapat merasai pengalaman mandi air panas semula jadi di tebing laut, tidak seharusnya dilepaskan.

Malah, anda juga berpeluang melihat paus di Dunsborough serta menikmati pemandangan semula jadi yang menakjubkan di Cape to Cape Walk, trek berjalan kaki yang menghubungkan dua titik pantai di wilayah Margaret River.

Selain itu, lawatan gua seperti Ngilgi dan Jewel adalah aktiviti yang membolehkan pengunjung meneroka gua-gua batu kapur yang mempamerkan formasi semula jadi yang menakjubkan.

Anda boleh klik pautan berikut bagi mengetahui lokasi menarik bagi menyaksikan ikan paus di Dunsborough:

https://www.westernaustralia.com/sg/places-to-visit/margaret-river-and-the-south-west/dunsborough

Bagi Cape to Cape Walk dan lawatan gua seperti Ngilgi dan Jewel boleh klik pautan berikut:

https://www.westernaustralia.com/sg/things-to-do/hikes-and-trails/cape-to-cape-track

https://www.westernaustralia.com/sg/tour/ngilgi-cave-cultural-tour/56b2697eaeeeaaf773cfbfd2/56b2697eaeeeaaf773cfbfd6

Manakala, lawatan malam (nocturnal tour) di Margaret River untuk melihat haiwan atau meneroka fenomena alam semula jadi, anda boleh layari https://southwestecodiscoveries.com.au/tours/nocturnal-animal-tour/

'Walk into Luxury' guests hiking along the Cape to Cape Track

Margaret River destinasi popular dalam kalangan peluncur ombak.

3. Coral Coast, Australia

Bersama rakan atau keluarga, Coral Coast menjanjikan pengalaman berharga penuh dengan menikmati pemandangan matahari terbenam yang mempesona.

Bukan sekadar suasana tenang dan pemandangan alam yang menakjubkan, destinasi ini menjadi tempat yang sempurna untuk mencipta kenangan bersama insan tersayang.

Tasik ‘Pink Lake' di Hutt Lagoon, Port Gregory, menyerlah sebagai salah satu tarikan semula jadi luar biasa di Australia Barat.

Warnanya boleh berubah dengan ketara dari merah ke pink atau ungu, dipengaruhi oleh perubahan musim, waktu sepanjang hari, dan keadaan awan.

Temui ngarai yang menakjubkan serta pelbagai tebing yang membentuk pantai utara Taman Negara Kalbarri.

Selain itu, kawasan Coral Coast juga menawarkan aktiviti mesra keluarga selain terkenal sebagai hotspot biodiversiti dunia.

Lebuhraya Coral Coast yang menghubungkan Perth ke Exmouth di sepanjang Lautan Hindi, bukanlah perjalanan biasa-biasa.

Selain itu, Lobster Shack turut menawarkan pengalaman menarik di kawasan udang karang (lobster) dan kehidupan laut yang kaya di sepanjang Coral Coast.

Pengembaraan ini membawa anda menelusuri kawasan padang pasir ke lautan, melintasi dua tapak Warisan Dunia: Ningaloo Reef/ Nyinggulu dan Shark Bay/ Gathaagudu.

Dalam tempoh 11 hari, anda boleh meneroka landskap bulan, ngarai berbatu, skywalk, dan tasik merah jambu di Taman Negara Kalbarri.

Sempurnakan pengalaman dengan pengembaraan bawah laut di Ningaloo Reef, di mana anda boleh berenang dengan gergasi lautan seperti jerung paus yang jinak, paus bungkuk dan pari manta.

Terletak kira-kira 1,200 km ke utara Perth, Ningaloo Reef merupakan permata yang bersinar di mahkota Australia Barat.

Cara mudah untuk menikmati keindahan Ningaloo Reef adalah menaiki penerbangan dari Perth ke Exmouth yang mengambil masa kira-kira dua jam.

Lobster Shack baru-baru ini memperkenalkan dua lawatan baharu yang menawarkan pengalaman menarik di kawasan tersebut.

Pertama, pengalaman dengan singa laut yang hidup secara liar di kawasan perairan yang jernih di sekitar pulau-pulau di Coral Coast.

Laluan ke Coral Coast di Australia Barat boleh diakses melalui beberapa pilihan pengangkutan, bergantung pada lokasi permulaan dan keinginan pengunjung untuk meneroka kawasan tersebut.

Jika pengunjung dari Perth, perjalanan mengambil masa kira-kira tujuh hingga sembilan jam.

Laluan ini melalui Lebuhraya North West (Brand Highway) atau Lebuhraya Great Northern (Indian Ocean Drive), yang menawarkan pemandangan indah sepanjang perjalanan.

Anda juga boleh menaiki bas ekspres atau bas pelancongan yang menyediakan servis dari Perth ke beberapa destinasi utama di Coral Coast, seperti Geraldton, Kalbarri, dan Exmouth.

Kedua, New Lobster Catching Tour menawarkan pengalaman yang menarik dan unik bagi para pengunjung yang ingin melihat dan belajar tentang industri udang karang secara langsung.

Maklumat lanjut, anda boleh layari https://www.lobstershack.com.au/lobster-catching-tour/

4. North West, Australia

Keindahan wilayah Kimberley yang memukau terletak di utara Australia Barat, dan ia diiktiraf sebagai salah satu hutan belantara terakhir di dunia.

Pengalaman pengembaraan bersama masyarakat Orang Asli, penjaga tradisional tanah ini memberi peluang untuk anda merasai budaya hidup tertua di dunia.

Selain itu, anda juga boleh melintasi Range Bungle Bungle yang eksotik di Taman Negara Purnululu, menjelajah air terjun mendatar, dan bermalam di lodge mewah yang terpencil.

Malah, pengunjung juga menaiki helikopter merentasi Range Bungle Bungle di Taman Negara Purnululu, meluncur di sepanjang pantai yang menakjubkan di sini.

Bagi pengembara Muslim, jangan bimbang kerana wilayah terbesar di Australia ini merupakan destinasi yang mesra Muslim merangkumi aspek makanan, tempat ibadah dan sebagainya.

Maklumat lanjut bagi layari Panduan Pengembara Muslim

Batik Air menerusi promosi ‘Western Australia, Walking On A Dream’ boleh merealisasikan impian anda dengan menerokai keindahan bumi Perth dengan tiket penerbangan yang berbaloi.

Dengan hanya RM399 untuk perjalanan sehala, Batik Air boleh menerbangkan menuju destinasi pilihan iaitu Perth.

Jadikan perjalanan anda ke Perth bersama Batik Air sebagai pengalaman yang tak terlupakan!

Tempah tiket penerbangan anda hari ini di https://www.batikair.com.my/ dan bersiaplah untuk meneroka Perth bersama Batik Air!

Artikel Lain