suria

Tiba-tiba nak pergi bercuti? Ini 6 cara dapatkan ‘rate’ hotel lebih murah walau tempah saat akhir

Cuti sekolah adalah masa terbaik untuk bawa anak-anak melancong. -Gambar hiasan

CUTI sekolah yang bermula 17 Januari hingga 15 Februari ini merupakan peluang terbaik untuk kita mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

Dengan tempoh cuti yang panjang, ramai ibu bapa mengambil peluang membawa anak-anak meneroka destinasi pelancongan dalam dan luar negara.

Namun pasti ramai juga yang 'pening kepala' memandangkan kadar hotel dan penginapan meningkat secara mendadak sepanjang musim ini.

Berikut kami kongsikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mendapatkan penginapan dengan kadar harga terbaik.

1. Bandingkan harga dan tawaran

Cara anda membuat tempahan boleh memberi perbezaan besar daripada segi kos.

Mulakan dengan membuat semakan harga di laman web atau aplikasi yang berbeza-beza.

Contohnya, semak harga pada laman web rasmi hotel.

file6z5vv6j2nyvbsrmrb99

Harga penginapan biasanya akan meningkat ketika musim cuti sekolah. -Gambar hiasan

Anda juga boleh menyemak harga melalui aplikasi tempahan seperti Agoda, Booking.com dan sebagainya.

Selain itu, jangan lupa untuk mencari kod promosi yang ditawarkan.

2. Jangan abaikan laman web rasmi

Ramai pelanggan biasanya melakukan tempahan melalui aplikasi pihak ketiga.

Namun, anda tidak seharusnya mengabaikan laman web rasmi hotel.

Ini kerana sesetengah rangkaian hotel menawarkan harga terbaik apabila anda menempah melalui laman web rasmi mereka.

3. Tempahan secara terus

Selain hotel, anda juga boleh menginap di kediaman biasa yang dijadikan sebagai inap desa (homestay).

Anda boleh menghubungi pemilik melalui WhatsApp untuk bertanya dan membuat rundingan harga.

The China tourist arrived at KLIA

Anda juga boleh menginap di hostel ketika bercuti di luar negara. -Gambar hiasan

4. Cari tawaran saat akhir

Sesetengah hotel turut memberi tawaran saat akhir.

Namun, anda tidak boleh meletakkan harapan yang tinggi apatah lagi ketika musim cuti atau perayaan.

Kaedah ini pastinya kurang sesuai untuk semua situasi, namun tidak salah jika anda mahu mencuba nasib.

5. Terokai penginapan alternatif

Menginap di hotel bukan satu-satunya pilihan.

Hostel juga merupakan pilihan hebat untuk pengembara bajet terutamanya mereka yang ke luar negara.

6. Pilih kawasan yang berbeza

Menginap di tengah-tengah bandar biasanya lebih mahal.

Jimatkan wang dengan memilih kawasan luar pusat bandar yang biasanya menawarkan penginapan pada kadar lebih rendah.

Selain itu, resort yang terletak di hadapan pantai juga biasanya berharga lebih mahal.

Jika mahu berjimat, anda boleh mendapatkan penginapan yang sedikit jauh daripada pantai.

Artikel Lain