suria

3 lapangan terbang Asia di kedudukan top 3 paling bersih di dunia

Lapangan Terbang Haneda di Tokyo diiktiraf sebagai paling bersih di dunia

LAPANGAN terbang sering dinilai dan diberi penarafan tertentu berkaitan ketepatan masa serta ruang menunggu termasuk tempat makan yang disediakan untuk penumpang sebelum penerbangan.

Aspek kebersihan juga tidak terkecuali menjadi perhatian golongan pengembara kerana tandas dan ruang awam adalah elemen utama keselesaan bagi mereka yang akan menempuh perjalanan jauh.

Dalam hal ini, lapangan terbang Asia menunjukkan contoh terbaik kepada dunia dengan mendahului senarai tiga teratas.

Berdasarkan Skytrax iaitu organisasi perunding yang berpangkalan di London dan khusus dalam analisis syarikat penerbangan, Lapangan Terbang Haneda di Tokyo, Jepun mendahului senarai 10 lokasi yang diiktiraf sebagai paling bersih di Asia.

Malah tiga lagi lapangan terbang berstatus antarabangsanya menduduki tangga kelima hingga keenam dalam carta.

Selain itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Seoul, Korea Selatan dan Lapangan Terbang Changi Singapura juga berada dalam senarai tiga teratas.

Satu-satunya lapangan terbang Eropah yang tersenarai ialah Lapangan Terbang Zurich di Switzerland, manakala satu-satunya lapangan terbang lain di luar Asia yang mencapai kedudukan 10 teratas ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha, Qatar.

Dalam pada itu, penarafan itu juga dibuat berdasarkan pendapat pelanggan yang berkongsi tanggapan mereka melalui tinjauan kepuasan yang dijalankan di lebih 570 lapangan terbang seluruh dunia. – AFP Relaxnews

Berikut adalah senarai lapangan terbang paling bersih mengikut kedudukan:

1. Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, Jepun

2. Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul, Korea Selatan

3. Lapangan Terbang Changi, Singapura

4. Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad Doha, Qatar

5. Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair, Nagoya, Jepun

6. Lapangan Terbang Antarabangsa Narita,Tokyo

7. Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai,Osaka

8. Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, Hong Kong

9. Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan, Taoyuan City, Taiwan

10. Lapangan Terbang Zurich, Switzerland

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain