suria

Hutan purba dalam mall... Jurassic Dinosaur Adventure Park ‘port’ terbaharu kanak-kanak bermain sambil belajar

Pelbagai jenis replika dinosaur dipamerkan.

PAVILION Bukit Jalil bukan sahaja destinasi pusat beli-belah terbaharu yang membuat ramai rambang mata tetapi turut menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh dibuat bersama keluarga dan rakan.

Jika ada yang merancang untuk ke sana pada, apa kata kunjungi taman permainan dalaman interaktif Jurassic Dinosaur Adventure Park yang terletak di tingkat lima pusat beli-belah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui lokasi shopping murah dan 8 tempat masuk percuma jika anda berkunjung ke Cameron Highlands

Dibuka atas kawasan berkeluasan 1,022 meter persegi, Jurassic Dinosaur Adventure Park bakal memberikan pengalaman interaktif di kawasan hutan purba dengan pelbagai jenis dinosaur dipamerkan hampir di segenap ruangnya.

Melangkah masuk ke tempat itu, pengunjung akan disambut dengan pelbagai jenis dinosaur yang mengeluarkan bunyi selain terdapat maklumat mengenainya bagi membolehkan pengunjung terutamanya kanak-kanak mengenali spesis yang telah pupus itu.

file7ladukrqa081aboh14v3

Kereta api dinosaur antara kegemaran kanak-kanak.

Antara dinosaur yang dipamerkan di situ termasuklah Tyrannosaurus rex dan Brachiosaurus yang begitu realistik dan replikanya diperbuat daripada silikon.

Lebih menambah debaran, setiap dinosaur itu bergerak dan mengeluarkan bunyi tersendiri. Tidak hanya kanak-kanak, ibu bapa juga akan teruja melihat replika yang dipamerkan.

Selain melihat replika dinosaur, pengunjung juga boleh membawa anak-anak menunggang dinosaur, kereta api dinosaur, permainan menembak, trampolin, gelongsor gergasi dan sebagainya.

Sementara itu, pengurus projek Jurassic Dinosaur Adventure Park, Goh Shin Bin berkata, pada setiap akhir sesi lawatan, dinosaur akan dilepaskan untuk memberi peluang kepada pengunjung berinteraksi dan melihatnya dengan lebih dekat.

"Matlamat kami adalah untuk memberi kanak-kanak keseronokan dengan pelbagai interaktif di sini selain mendidik mereka tentang haiwan yang telah pupus ini," katanya.

file7ladulo13pvlblvw4v3

Pelbagai aktiviti disediakan untuk kanak-kanak.

Setiap sesi di taman permainan itu berlangsung selama 100 minit dengan maksimum 250 pengunjung dibenarkan pada satu-satu masa.

Hanya kanak-kanak berusia dua tahun ke atas dibenarkan dan mereka mestilah sekurang-kurangnya mempunyai ketinggian 45cm untuk menggunakan gelongsor taman permainan.

Ia dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 9.40 malam sehingga 31 Ogos.

Tiket masuk adalah RM55 seorang pada hari bekerja dan RM60 pada hujung minggu dan cuti umum.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain