suria

Jom Cuti-Cuti Malaysia! Kempen #GoJalanLah tawar diskaun tiket penerbangan dan hotel sehingga 35 peratus

Kru kabin Suzzy Tan Zhu Sir (kiri) dan Siti Nor Fatitah Syuhadah turut mempromosikan kempen #GoJalanLah dan logo Livery pada pesawat Firefly. – Foto The Star, SS Kanesan

BAGI menggalakkan sektor pelancongan domestik, Tourism Malaysia menjalin kerjasama dengan syarikat penerbangan Firefly menerusi pengiklanan badan pesawat (livery) serta Kempen #GoJalanLah bermula 1 Jun 2022 sehingga 31 Mei 2023.

Di samping bahagian luaran badan pesawat Firefly dihiasi dengan logo Cuti-Cuti Malaysia, turut dipaparkan di dalam pesawat ialah visual kreatif produk-produk pelancongan menarik berserta logo sambutan ulang tahun ke-50 Tourism Malaysia.

Pengguna juga berpeluang membeli tiket penerbangan berserta hotel penginapan pada harga diskaun sehingga 35 peratus.

Nancy Shukri (enam, kiri) dan Philip See (lima, kiri) bergambar berlatarbelakangkan pesawat Firefly pada Majlis Pelancaran Livery Pesawat Firefly dan Kempen #GoJalanLah baru-baru ini.

Nancy Shukri (enam, kiri) dan Philip See (lima, kiri) bergambar berlatarbelakangkan pesawat Firefly pada Majlis Pelancaran Livery Pesawat Firefly dan Kempen #GoJalanLah baru-baru ini.

Kempen yang dilancarkan di Sky Park RAC Industrial Park Bukit Jelutong, Shah Alam di Selangor pada 4 Jun lalu dirasmikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Zainuddin Abdul Wahab dan Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Philip See.

Menurut Nancy, kerjasama pintar yang dijalinkan itu merupakan salah satu inisiatif bagi merangsang semula pertumbuhan ekonomi negara menerusi sektor pelancongan.

"Saya amat mengalu-alukan usaha Firefly dalam melebarkan sayap penerbangannya dari Pulau Pinang ke Sabah dan Sarawak. Langkah ini diharap dapat menggalakkan lebih banyak penerbangan dua hala yang menghubungkan pergerakan rakyat antara Malaysia Timur dan Semenanjung Malaysia khususnya dari utara.

FY_HotelOnly

"Malahan, di bawah Kempen #GoJalanLah, pihak Firefly turut menawarkan pelbagai pakej percutian dan tiket penerbangan menarik," katanya.

Mengulas tentang kemasukan pelancong antarabangsa pula, ujar beliau lebih sejuta pelancong direkodkan tiba di negara ini malah ia melebihi separuh daripada sasaran yang ditetapkan sejak pembukaan semula sempadan pada 1 April lepas.

Malah katanya, sebahagian besar daripada jumlah itu adalah dari Singapura dan dijangkakan lebih ramai lagi pelancong terutamanya dari Jepun, Iran dan Korea akan datang ke Malaysia.

"Dua bulan lepas kita menerima kira-kira 600,000 pelancong dari Singapura dan saya rasa kini melebihi satu juta, untuk negara itu sahaja... mereka bukan pekerja di Malaysia sebaliknya datang untuk melancong.

FY_FlightOnlyPromo

"Bagi pelancong negara lain, kita belum dapat memberi jumlah yang tepat kerana masih menunggu maklum balas pihak yang berkenaan, tetapi memadai untuk dikatakan kita mencapai lebih separuh daripada apa yang disasarkan," jelasnya.

Tambah beliau pengenalan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang mesra pelancong juga diyakini mampu menjadi daya tarikan bagi kedatangan lebih ramai pengunjung luar.

Sementara itu Philip berkata, pihaknya bersedia untuk menyokong inisiatif kerajaan dalam menyemarakkan pelancongan domestik khususnya dari segi penawaran tiket penerbangan pada kadar istimewa selain melakukan promosi menyeluruh di platform media sosial.

GOJALANLAH_promo

"Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif ini. Dengan pelancaran ‘livery’ yang menggarapkan elemen Cuti-Cuti Malaysia, kami berharap dapat memberikan lebih insipirasi dan pendedahan dalam mempromosikan pelbagai tarikan pelancongan serta keunikan destinasi di dalam negara di samping menghubungkan para pelancong dengan budaya tempatan," katanya.

Untuk maklumat, tempahan boleh dibuat di www.fireflyz.com.my sehingga 30 Jun 2022 bagi tempoh perjalanan sehingga 31 Disember 2022.

Orang ramai juga boleh menikmati tawaran hebat untuk pembelian tiket penerbangan pergi dan balik ke semua destinasi kendalian Firefly pada harga bermula RM188, tertakluk kepada terma dan syarat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain