Senarai 10 syarikat penerbangan terbaik dunia diumumkan - Destinasi | mStar

Senarai 10 syarikat penerbangan terbaik dunia diumumkan

Qatar Airways dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia 2019, bersama tiga anugerah lain. -fotoAFP

WORLD Airline Awards dari Skytrax kembali mengumumkan senarai syarikat penerbangan terbaik dunia 2019.

Tahun ini, ranking pertama diduduki syarikat dari Qatar, Qatar Airways yang turut menerima tiga anugerah untuk kategori Kelas Perniagaan Terbaik, Kerusi Kelas Perniagaan Terbaik dan Syarikat Penerbangan Terbaik Timur Tengah.

ARTIKEL BERKAITAN: AirAsia Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali ke-11 berturut-turut

"Kami sangat gembira dikenali pelanggan secara global sebagai syarikat yang menang empat anugerah berprestij ini.

"Menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia yang mendapat gelaran 'Airline of The Year' selama lima tahun berturut-turut adalah pencapaian luar biasa, dan digabungkan dengan tiga anugerah besar lain dari Skytrax, ia adalah hasil perjuangan seluruh pasukan Qatar Airways.

"Ia menjadi momen membanggakan untuk syarikat seiring inovasi serta standard layanan yang sentiasa menjadi tanda aras untuk industri kami," kata Ketua Eksekutif Kumpulan Qatar Airways Akbar Al Baker memetik laman rasmi Skytrax.

Edward Plaisted dari Skytrax mengingatkan bahawa anugerah diberikan berdasarkan hasil survey 100 peratus secara bebas daripada pelanggan syarikat penerbangan dunia.

Berikut adalah 10 Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia 2019 versi Skytrax:

1. Qatar Airways (Qatar)
2. Singapore Airlines (Singapura)
3. ANA All Nippon Airways (Jepun)
4. Cathay Pacific (Hongkong)
5. Emirates (UEA)
6. EVA Air (Taiwan)
7. Hainan Airlines (China)
8. Qantas Airways (Australia)
9. Lufthansa (Jerman)
10. Thai Airways (Thailand)

Staf Kabin Terbaik Dunia 2019

1. Singapore Airlines
2. Garuda Indonesia
3. ANA All Nippon Airways
4. Thai Airways
5. EVA Air
6. Cathay Pacific
7. Hainan Airlines
8. Japan Airlines
9. Qatar Airways
10. China Airlines

Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 2019

1. AirAsia
2. easyJet
3. Norwegian
4. Southwest Airlines
5. AirAsiaX
6. Jetstar Airways
7. WestJet
8. Indigo
9. Ryanair
10. Eurowings

Penerbangan Paling Bersih Dunia

1. EVA Air
2. Japan Airlines
3. ANA All Nippon Airways
4. Singapore Airlines
5. Asiana Airlines
6. Hainan Airlines
7. Swiss Int’l Air Lines
8. Cathay Pacific
9. Qatar Airways
10. Lufthansa

Skytrax , anugerah , AirAsia , syarikat penerbangan