suria

Kenali budaya, tradisi berbuka di negara orang... Ini 5 destinasi pilihan jika anda mahu travel di bulan Ramadan

Pemandangan bandar-bandar yang menjadi destinasi percutian pilihan ketika Ramadan.

PERKARA pertama yang terlintas di fikiran jika sebut sahaja tentang percutian pada bulan Ramadan, sudah tentu terbayang rasa letih dan dahaga kerana banyak tenaga yang digunakan ketika bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Namun bagi mereka yang gemar mengembara, tempoh berpuasa bukanlah penghalang untuk menjejakkan kaki ke destinasi impian.

Lebih mengujakan apabila kita dapat mempelajari budaya masyarakat setempat menyambut Ramadan yang mungkin berbeza dengan orang kita di sini.

Dari seni bina Islamik lama ke tradisi berbuka puasa penduduk tempatan, Traveloka menyenaraikan lima lokasi terbaik untuk dilawati pada bulan Ramadan.

Keunikan seni bina Islamik Hagia Sophia yang tersergam indah.

1. Istanbul, Turki

Turki merupakan sebuah negara yang unik kerana sebahagian daripadanya adalah Eropah dan sebahagian lagi pula Asia.

Selain memiliki populasi Muslim majoriti merentasi dua benua itu, Turki kaya dengan budaya, tradisi dan sejarah yang mampu memberikan pengalaman menjalani Ramadan yang lain daripada lain.

Pada Aidilfitri pula, ramai pelancong berkunjung ke Istanbul untuk melihat lebih dekat seni bina Islamik seperti bangunan ikonik Masjid Biru dan Hagia Sophia.

Jalan-jalan di bandar itu juga hidup dengan aksi persembahan jalanan yang membuatkan anda berasa seperti dalam sebuah festival.

Tidak perlu beratur panjang untuk masuk ke Burj Khalifa jika anda melawat pada bulan Ramadan.

2. Dubai, Emiriyah Arab Bersatu

Biarpun suasana siang hari di Dubai dan beberapa lokasi tumpuan pelancong sedikit lengang pada bulan Ramadan, ia masih menjadi destinasi sempurna untuk dikunjungi kerana pada sebelah malamnya, kota itu diterangi dengan cahaya lampu dan kemeriahan pasar malam.

Inilah masanya untuk anda melawat Menara Burj Khalifa memandangkan keadaan tidak sesibuk bulan lain dan anda tidak lagi perlu beratur panjang untuk memasukinya.

Tambah menarik, kerajaan tempatan menganjurkan pelbagai acara keilmuan bagi mendidik orang awam tentang kepentingan bulan yang penuh keberkatan itu.

Suasana malam di Maghiribi.

3. Maghribi

Maghribi merupakan destinasi yang paling unik untuk dilawati di benua Afrika kerana mewah dengan warisan, tradisi, keindahan landskap yang cukup mempesonakan.

Mana tidaknya, Maghribi merupakan pertembungan antara budaya Arab-Afrika dan sejarah orang Bohemia.

Pada sebelah malamnya, kota Maghribi dimeriahkan dengan aktiviti malam terutama di jalan-jalan di Marrakesh dengan persembahan jalanan dan muzik sambil menikmati hidangan masyarakat tempatan.

Tidak sah ke Maghribi jika anda tidak mencuba pastri dan teh perisa mint sebelum pulang.

Jalan-jalan di Kaherah dilimpahi dengan cahaya lampu.

4. Kaherah, Mesir

Di Kaherah, ketibaan Ramadan disambut ibarat sebuah pesta dengan dekorasi menakjubkan, aktiviti kebudayaan dan amal ibadah.

Rumah kediaman, restoran dan jalan-jalan diterangi cahaya lampu warna-warni (Fanoos) sebagai tanda mengalu-alukan bulan yang mulia itu.

Jangan lepaskan peluang untuk menjalinkan hubungan silaturrahim dengan penduduk setempat di kafe-kafe yang dipasang dengan khemah untuk melihat budaya mereka bersantai lebih dekat sambil menikmati Taamey.

Taamey adalah kombinasi hidangan yang diperbuat daripada ful, bawang putih, bawang dan herba.

Kuala Lumpur juga terpilih menjadi lokasi tumpuan pelancong pada bulan Ramadan.

5. Kuala Lumpur, Malaysia

Berpuasa di Malaysia mungkin sedikit mencabar dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap, tetapi semua itu tidak menghalang umat Islam untuk meredah panas terik mentari demi membeli-belah persiapan Aidilfitri.

Bukan sahaja Kuala Lumpur, malahan seluruh Malaysia menyambut ketibaan Ramadan dengan penuh kegembiraan tanpa mengira agama dan bangsa.

Satu perkara yang menyatukan rakyat negara ini iaitu makanannya yang lazat dan kadang kala hanya dapat dinikmati pada bulan Ramadan.

Uniknya, bazar Ramadan dibuka setiap hari sepanjang bulan puasa bagi memudahkan umat Islam menyediakan juadah berbuka untuk diri sendiri mahupun keluarga.

Jadi, guna sahaja laman web atau aplikasi Traveloka untuk mengejar tawaran harga terendah untuk membeli tiket penerbangan dan penginapan ke destinasi tersebut.

Dengan mengaktifkan 'price alerts' di Traveloka, anda tidak akan terlepas tawaran diskaun ke tempat percutian impian mengikut bajet anda.

Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi laman web Traveloka di https://www.traveloka.com/en-my/.

Traveloka, Istanbul, Maghribi, Kaherah, Dubai

Artikel Lain