suria

Bimbang anak meragam dalam pesawat ketika pulang beraya? Ikuti saja tip terbang bersama bayi ini

Perjalanan bersama bayi atau anak kecil akan menjadi mudah jika anda merancang dan membuat persediaan dari awal.

MENJELANG Aidilfitri tidak lama lagi, pasti ada ibu bapa yang memilih kapal terbang sebagai pengangkutan pulang beraya di kampung ataupun pergi bercuti. 

Bagi yang mempunyai anak kecil, pasti sedikit-sebanyak timbul kebimbangan anak meragam kerana umum tahu terbang bersama bayi bukan perkara mudah.

Ditambah pula dengan keadaan tidak cukup tidur dan bayi menangis sudah pasti membuatkan anda tertekan.

Usah bimbang, kerana terdapat beberapa cara untuk bantu anda menenangkan anak kecil semasa di dalam pesawat.

Emily Jones, anak kapal Emirates berkongsi beberapa tip bagi membantu ibu bapa menidurkan bayi dan anak kecil semasa di awan biru dengan mudah.

Berikut adalah tip mudah yang boleh dijadikan panduan ramai:

- Wujudkan suasana tidur selesa anak-anak menggunakan penutup mata kanak-kanak dan tutup lampu untuk membuatkan bayi mudah terlelap.

- Gunakan kesempatan apabila kru kabin memalapkan lampu kerana ini adalah masa optimum untuk tidur kerana kurang gangguan.

Bawa bersama patung mainan ataupun puting sekiranya perlu untuk memenangkan anak anda.

- Oh, jangan lupa mengenai tali pinggang keledar. Pakai sepanjang masa jika tidak mahu anak kapal mengganggu tidur anda dan juga anak-anak.

- Penerbangan jarak jauh? Emily cadangkan fikir perbezaan masa dan jadikan faktor dalam pemilihan waktu penerbangan. Selain itu tempoh anda berada di lokasi percutian juga perlu diambil kira untuk merancang waktu tidur anda dan juga anak-anak.

- Jika boleh cuba tidurkan anak anda hampir sama dengan waktu tidur sebenar mereka. Sekiranya perlu sesuaikan mereka dengan waktu baharu sebaik sahaja anda tiba di destinasi percutian.

- Bawa bersama snek untuk diri sendiri dan juga bayi atau anak kecil anda. Sekurang-kurangnya ia boleh menenangkan mereka jika rasa kurang selesa.

- Jika anda baharu sahaja bergelar ibu dan bapa serta terbang kali pertama bersama bayi, usah bimbang jika dia menangis. Ia normal kerana menangis adalah satu-satunya cara mereka berkomunikasi dengan anda. Majoriti penumpang lain akan memahami situasi itu. - Mirror.co.uk

terbang, bayi, percutian, travel

Artikel Lain