suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Malaysia tak perlu visa ke Amerika Syarikat? Ini jawab Wisma Putra

SEBUAH portal berita tersalah lapor apabila menyatakan Malaysia disenaraikan di bawah program pengecualian visa Amerika Syarikat, menurut Kementerian Luar Negeri.

Sehingga kini, tiada sebarang perubahan dalam status program itu bagi rakyat Malaysia.

“Rakyat Malaysia yang mahu berkunjung ke Amerika Syarikat masih perlu memohon visa seperti biasa,” jelas kementerian itu menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Kenyataan itu menyebut maklumat yang salah itu terkandung dalam artikel bertajuk ‘Amerika Masukkan Jamaica, 9 Lagi Negara ke dalam Program Pengecualian Visa' menerusi pautan berita news-ap.com.

“Kementerian menggesa supaya dihentikan segera penyebaran berita itu menerusi aplikasi WhatsApp atau sebarang saluran sosial atau komunikasi yang lain,” menurut kenyataan itu. -Bernama

Artikel Lain