suria

Ditawarkan flat, premis komersial dan wang tunai, tapi bapa penerjun cilik China ini tolak semuanya

Quan Hongchan menceburi bidang sukan terjunan untuk membantu mencari duit merawat ibunya yang sakit.

DIA merangkul pingat emas dalam acara terjun di temasya Olimpik Tokyo baru-baru ini, namun kisah anak muda ini yang tular di media sosial tidak hanya berkisar tentang kehebatan di kolam tapi sikap tanggungjawab dan kemuliaan hatinya.

Baru berusia 14 tahun, kisah penerjun dari China, Quan Hongchan yang mula menceburi sukan terjunan sejak berusia tujuh tahun bagi mendapatkan duit untuk merawat ibu yang terlantar sakit, ternyata menyentuh hati ramai pihak.

ARTIKLE BERKAITAN: Keputusan pelik EPL...Tak perlu tunjuk bukti ujian Covid-19, status vaksin bila masuk stadium

ARTIKLE BERKAITAN : Nombor jersi pun boleh 'bersara' daripada bola sepak

Malah laporan tentang anak pekebun oren yang dilahirkan di Zhanjiang, Guandong ini tersebar ke serata dunia sehinggakan membuka mata ramai pihak yang tampil membantu penerjun ini dan keluarganya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

South China Morning Post melaporkan bapa kepada atlet tersebut, Quan Wenmao telah ditawarkan sebuat flat, premis komersial dan 200,000 yuan.

Namun dia memilih untuk menolak ke semua tawaran itu.

"Saya berterima kasih kepada mereka kerana sudi datang. Tapi saya tak mahu terima apa-apa. Saya tak ambil walau sesen," kata Wenmao.

Rumah keluarga mereka turut dihujani pelbagai hadiah termasuk snek kegemaran Hongchan iaitu latio, serta menjadi perhatian vloggers dan peminat sehingga mengganggu rutin harian masyarakat setempat.

Kesemua hadiah tersebut disimpan oleh ahli komuniti kampung dan snek tersebut dibahagikan kepada kanak-kanak di kampung itu.

"Mereka boleh kirim salam. Tak perlu datang ke sini. Ini mengganggu hidup mereka dan kami bukan?," kata Wenmao.

Ibu Hongchan dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya pada tahun 2017.

Hongchan yang meraih emas dalam acara 10meter platform, menyertai pasukan kebangsaan China kurang setahun dan dia berlatih dengan melakukan 400 terjunan setiap hari.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Quan Hongchan, Olimpik

Artikel Lain