suria

Kenali pemain bola sepak dilabel genius, tapi bukan di padang

Socrates

SESETENGAH pemain bola sepak bukan sahaja terkenal dengan kehebatan di atas padang, sebaliknya mereka merupakan pelajar pintar ketika menimba ilmu dalam bidang pelajaran.

Beberapa nama besar dalam dunia sukan ini didapati menyerlah tahap keupayaan berfikir, sekali gus ia membantu kecemerlangan di padang terutama dalam mengatur strategi menentang pasukan lawan.

Kenali 7 pemain bola sepak paling bijak sepanjang zaman:

1. Frank Lampard - merupakan pemain bola sepak profesional Inggeris dan merupakan bekas bintang Chelsea yang dikenali dengan nama 'The Professor'. Pada 2009, Lampard mencatat markah tertinggi dalam rekod (ujian IQ) lebih daripada 150 mata. Lampard juga turut mencatat mata maksimum dalam peperiksaan GCSE (sijil menengah) dengan keputusan semua A termasuk bahasa Latin. Dia kini merupakan pengurus Derby County.

Frank Lampard

2. Socrates - penyerang Brazil (1979-1986) yang dikenali sebagai 'Doktor Socrates' kerana pengetahuannya dalam bidang kedoktoran dan politik serta sosio-ekonomi. Dia merupakan pengasas kepada Corinthians Democracy. Dia menjadi satu-satunya pemain bola sepak dunia yang menamatkan pengajian dalam bidang kedoktoran ketika aktif sukan ini.Selepas menamatkan kariernya bola sepaknya, Socrates mempraktik ilmu kedoktoran.

3. Shaka Hislop - bekas penjaga gol Newcastle ini memulakan kerjayanya sebagai pemain bola sepak selepas menerima biasiswa ketika bermain untuk University Howard di Amerika Syarikat. Dia menerima Ijazah Kejuruteraan Mekanikal dan menyertai Nasa sebagai pelatih praktikal. Kini dia menulis untuk blog di The Guardian sebagai penganalisi untuk ESPN.

4. Dennis Bergkamp - bekas pemain Belanda ini menerima ijazah dalam bidang Kejuruteraan Perubatan di Universiti Bath.

5. Yuto Nagatomo - pemain pertahanan Jepun yang kini beraksi bersama Galatasaray mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi dan turut menulis dua naskhah buku.

Yuto Nagatomo

6. Clarke Carliste - merupakan bekas pemain untuk beberapa kelab Liga Inggeris termasuk Blackpool serta Queen Park Rangers. Dia mencatat keputusan 10A dalam peperiksaan sijil menengah. Malah Carliste juga mempunyai ijazah dalam bidang penulisan sukan dan penyiaran dari Universiti Staffordshire.

Juan Mata

7. Juan Mata - pemain profesional Sepanyol yang kini beraksi bersama Manchester United. Terkenal dengan seorang pemain yang bijak di padang. Dia mempunyai ijazah dalam bidang Kewartawanan, Sains Sukan serta Pengajian Fizikal dan Pemasaran.





Xpose, Sukan

Artikel Lain