suria

Salah bakal tinggalkan Liverpool tapi Klopp tak beri restu

Salah menerima tawaran lumayan daripada Al-Ittihad.

BINTANG Liverpool, Mohamed Salah menerima tawaran £180 juta (RM1.06 bilion) daripada kelab bola sepak Arab Saudi, Al-Ittihad untuk tempoh dua musim.

Baru-baru ini didedahkan bahawa Salah juga telah memberi lampu hijau untuk Ittihad memulakan rundingan dengan Liverpool, namun satu-satunya halangan ialah Jurgen Klopp yang menentang perpindahan pemain itu.

Menurut laporan, Salah pada mulanya berhasrat untuk melengkapkan musim ini dengan Liverpool, tetapi dia kini serius mempertimbangkan tawaran Saudi.

Ittihad dan Liverpool juga dikatakan akan bersemuka untuk membincangkan perpindahan berkenaan.

Ittihad kini berlumba dengan masa untuk meyakinkan Salah dan Liverpool untuk menerima perjanjian utama sebelum tarikh akhir jendela perpindahan musim panas Saudi pada 7 September.

Ittihad berminat untuk memperkukuh skuad itu kerana mereka akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Kelab tahun ini, setelah memenangi gelaran Liga Pro Saudi musim lalu. - Kingfut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain