suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kantoi guna bahan terlarang, Amir Khan dilarang sertai sukan tinju selama 2 tahun

Khan digantung dua tahun selepas didapati menggunakan bahan terlarang, Februari lalu. Foto: Getty.

PENINJU terkenal Amir Khan dikenakan larangan untuk terlibat dalam sukan itu selama dua tahun setelah didapati positif menggunakan bahan terlarang.

Menurut laporan The Mail, atlet berusia 36 tahun itu diuji positif dadah yang dikhaskan untuk membina badan ketika menentang Brook pada Februari 2022.

Sampel air kencing yang dikumpul oleh UK Anti-Doping (UKAD) mengandungi Penemuan Analisis Buruk untuk ostarine, namun Khan berkata bahawa pengambilan itu tidak disengajakan.

Biarpun digantung dua tahun, bekas juara light-welterweight itu akan muncul dalam I'm a Celebrity... South Africa antara April dan Mei, setelah pertama kali muncul di acara itu pada 2017. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain