suria

Hanya kerana berpuasa, pemain Nantes digugurkan daripada barisan kesebelasan utama

Pemain Nantes (kanak) digugurkan kerana tidak mematuhi arahan pengurus pasukan untuk tidak berpuasa.

PERTAHANAN Algeria, Jaouen Hadjam digugurkan daripada skuad Nantes sebelum menentang Stade de Reims dalam perlawanan Ligue 1 semalam selepas enggan mematuhi arahan tidak berpuasa, menurut pengurus Antoine Kombouare.

Hadjam menyertai Nantes pada Januari dari Paris FC dan tampil dalam sembilan aksi liga setakat ini.

"Jaouen? Tiada yang kontroversi. Siapa yang berpuasa saya sokong tetapi pada perlawanan, anda sepatutnya tidak berpuasa," kata Kombouare ketika sidang media selepas pasukannya tewas 0-3 di tempat sendiri.

"Ia bukan hukuman. Saya tetapkan peraturan dan jika itu pilihannya, saya hormatinya."

Media tempatan melaporkan pemain berusia 20 tahun itu bersetuju tidak berpuasa dalam aksi di tempat lawan sahaja.

Nantes kini berada di tangga ke-14 dalam carta liga dengan 30 mata, empat mata di atas zon penyingkiran.

Hadjam pemain kelahiran Perancis memilih beraksi untuk Algeria bulan lalu dan dia bermain ketika pasukannya menewaskan Niger 1-0. - Pulse Sports

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain