suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kekasih Ronaldo dedah anak kerap menangis, jadi mangsa buli di sekolah

Pasangan ini berpindah ke Arab Saudi selepas Ronaldo menyertai kelab Al Nassr.

TEMAN wanita Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriguez, mendedahkan pengalaman anak-anaknya yang menjalani kehidupan baharu mereka di Arab Saudi.

Menurut Georgina, anak-anaknya dipukul oleh kanak-kanak lain di sekolah mereka sehingga menyukarkan mereka untuk cuba membiasakan diri dengan kehidupan baru itu.

Bercakap kepada Telemundo, model itu mendedahkan anak-anaknya mempunyai masalah terutamanya apabila berada di sekolah.

"Di sekolah ada kalanya mereka dipukul dan tidak mempertahankan diri.

"Pada hari lain, salah seorang anak saya dipukul. Dia menangis ketika menjemputnya pulang dari sekolah," ujarnya.

Ronaldo merupakan bapa kepada lima anak iaitu Cristiano Ronaldo Jr, Alana Martina, Bella Esmelralda, Eva Maria dan Mateo Ronaldo.

Mereka sekeluarga berpindah ke Arab Saudi selepas bintang bola sepak itu menyertai kelab Al Nassr. - Daily Post

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain