suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita terberak dalam seluar ketika marathon, tetap berlari sehingga berjaya pecah rekod perlumbaan

Tamara tetap menamatkan perlumbaan biarpun dia terpaksa berlari dalam keadaan tidak selesa.

SEORANG wanita berdepan detik memalukan apabila dia terberak di dalam seluar ketika sedang mengikuti perlumbaan marathon.

Menurut Tamara Torlkason, 31, peristiwa itu berlaku ketika dia menyertai acara marathon di Pantai Long Beach Mountains 2 di Ojai, California.

Biarpun tidak selesa, wanita itu tetap meneruskan larian sehingga ke garisan penamat.

Ketika melepasi garisan penamat, Tamara sempat menjerit kepada orang ramai bahawa dia telah terberak di dalam seluar.

Sejurus tamat perlumbaan, Tamara telah ke tandas untuk membersihkan dirinya.

Di sebalik peristiwa memalukan itu, Tamara mampu tersenyum bangga apabila dia berjaya memecahkan rekod peribadi menerusi perlumbaan berkenaan. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain