suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khabar angin teman wanita sedang hamil, Neymar bakal timang bayi?

Neymar dan teman wanitanya, Bruna Biancardi.

KHABAR angin bertiup kencang di internet bahawa teman wanita Neymar, Bruna Biancardi, sedang hamil hasil hubungannya dengan bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu.

Pasangan ini mula berpacaran pada 2021 dan mereka mengumumkan pertunangan pada Januari 2022 di media sosial.

Selepas beberapa bulan, Neymar dan Biancardi dikhabarkan berpisah kerana wanita tersebut mendakwa bintang bola sepak itu berlaku curang.

Bagaimanapun pada 5 Februari lalu, Biancardi dilihat hadir ke majlis hari jadi Neymar, sekaligus memberi petanda mereka kembali bersama.

Terbaharu, timbul khabar angin mengatakan Biancardi sedang hamil hasil hubungannya dengan Neymar.

Beberapa sumber menafikan perkara tersebut dan mengatakan ia adalah palsu.

Sehingga kini kedua-duanya tidak mengesahkan khabar angin ini atau menafikannya. - Pkbnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain