suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ucapan salam Ramadan daripada Ronaldo buat peminat ‘cair’

Ronaldo membuat ucapan puasa bagi umat Islam di seluruh dunia.

PEMAIN bola sepak antarabangsa, Cristiano Ronaldo memenangi hati peminat di Internet selepas membuat satu mesej kepada penganut Islam di seluruh dunia yang menyambut permulaan Ramadan tahun ini.

Ia berikutan bulan suci Ramadan bermula 23 Mac dan berakhir 22 April depan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ronaldo yang menjadi duta tidak rasmi Arab Saudi, menggunakan kesempatan dengan mengucapkan salam Ramadan kepada seluruh peminat beragama Islam.

“Selamat menyambut Ramadan kepada penganut agama Islam,” tulisnya dalam ciapan tersebut.

Ciapannya itu jelas mengujakan peminatnya apabila ramai yang membalas dengan mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyerang kelab Liga Pro Saudi, Al Nassr berusia 38 tahun itu.

Ia bagaimanapun bukan kali pertama Ronaldo mengucapkan salam Ramadan kepada peminatnya kerana dalam hantaran di Facebook dua tahun lalu.

Malah, dia turut tidak melupakan hari bermakna buat penganut agama Islam ketika dia masih beraksi dengan kelab terdahulunya, Manchester United.

Sehingga kini, hantaran tersebut menerima lebih 500,000 tanda suka di Twitter. -Sportkeeda

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain