suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dilayan macam budak-budak, Hasbulla selamba tumbuk kepala Mike Tyson

Hasbulla menumbuk Mike Tyson ketika sesi rakaman podcast baru-baru ini.

BINTANG media sosial Hasbulla melemparkan tumbukan ke arah legenda tinju Mike Tyson ketika tampil dalam sesi rakaman podcast 'Hotboxin' kendalian bekas juara heavyweight itu.

Pemuda Rusia berusia 20 tahun itu akan muncul menerusi episod podcast Tyson yang akan datang dan nampaknya mereka terlibat dengan 'pergaduhan kecil' ketika bertemu, baru-baru ini.

Menerusi satu video tular, Tyson dilihat mengelak beberapa tumbukan pantas daripada Hasbulla sebelum dia mengangkatnya dan bergurau untuk menggigitnya.

Memiliki lebih 7.7 juta pengikut di Instagram, Hasbulla meraih populariti dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan telah bertemu dengan individu popular seperti Khabib Nurmagomedov, Shaquille O'Neal, dan Mark Wahlberg.

Hasbulla mengalami kekurangan Hormon Pertumbuhan yang menyebabkan dia kelihatan seperti lelaki kerdil. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain